ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton teruskan ujian X70 CKD, Iriz dan Saga facelift

Foto Intipan

Views

Proton kini semakin sibuk menguji model-model baharu mereka sejak kebelakangan ini. Beberapa rakan pembaca kami telah terserempak dengan model X70 CKD, Iriz dan Saga facelift yang ditemui di lokasi yang berbeza semalam.

Model SUV Proton X70 yang bermungkinan besar versi CKD ini telah dikesan oleh Farezshafiq MY di susur keluar ke USJ/HICOM, Lebuhraya Elite. Unit ujian yang memakai celoreng penyamaran di bahagian belakang dan depan ini mungkin sedang menguji kombinasi enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan Dwi Klac (DCT).

Sebelum ini sudah beberapa kali unit ujian ini dikesan di beberapa lokasi termasuk di Genting Highlands dan Ayer Hitam, Johor. Kami tidak pasti sama ada versi CKD ini nanti akan mengalami perubahan kosmetik atau pun tidak, tetapi ia mungkin ditawarkan dengan beberapa pilihan varian baharu.

JOM BACA >> Yema Bojun – Proton X70 gred ‘copy ori’

Unit ujian Iriz facelift pula telah dikesan oleh Faisal Zulkarnaen di dua lokasi berasingan, plaza tol Lebuhraya NKVE dan sekitar Seksyen 19, Shah Alam. Penemuan terbaharu ini mungkin menguatkan lagi desas-desus yang mengatakan pelancaran model ini dan Persona facelift akan ditunda ke bulan hadapan.

Sesi pratonton umum kedua-dua model tersebut kini sedang berlangsung di Proton 4S Indera Mahkota, Kuantan, Pulau Pinang dan Pavilion, Kuala Lumpur. Tempahan kilatnya dengan deposit sebanyak RM9.99 akan dilanjutkan hingga 3 April. Kami menjangkakan ia bakal dilancarkan semasa Malaysia Autoshow 2019 yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 April 2019 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Akhir sekali, foto terkini yang kami perolehi sebentar tadi adalah kelibat dua unit ‘keldai ujian’ Saga facelift yang berjaya dikesan oleh Mohd Tarmizi Wahab di stesen minyak Shell, Bentong. Unit ujian yang menggunakan model Saga semasa tanpa sebarang celoreng penyamaran ini mungkin sedang menguji transmisi automatik lima-kelajuan baharu dari Hyundai PowerTech yang bakal menggantikan unit CVT dari Punch.

Selain mendapat transmisi automatik baharu, Saga facelift akan menerima perubahan kosmetik luaran dan mendapat unit infohiburan dengan skrin sentuh baharu, namun ia tidak dilengkapi dengan ciri Arahan Suara. Nantikan info terbaharu dari semasa ke semasa!

JOM BACA >> Pelancaran Proton Iriz dan Persona facelift mungkin ditunda ke bulan depan?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply