ARKIB

KATEGORI

Buletin

Land Rover menang kes ‘klon Evoque’

Berita Global

Views

Kami berharap berita ini boleh dijadikan pengajaran untuk syarikat dan juga pereka, tak kiralah apa jua bidang yang diceburi. Isu hak cipta dan harta intelek ini memang sangat sensitif dan boleh menjadi kes yang besar. Setelah beberapa tahun turun naik mahkhamah di China, akhirnya Jaguar Land Rover berjaya memenangi kes terhadap Landwind yang telah mengklon model Evoque.

Mahkamah Daerah Chaoyang Beijing telah mendapati model asal Range Rover Evoque mempunyai lima unsur rekaan unik yang telah diciplak secara terus oleh Jiangling, iaitu pemilik Landwind dan pencipta model X7. Mahkhamah tersebut juga telah memerintahkan syarikat tersebut untuk menghentikan pengeluaran dan jualan X7 serta merta.

Bukan itu sahaja, syarikat China tersebut perlu membayar pampasan kepada syarikat pengeluar dari British itu. Jaguar Land Rover menyifatkan keputusan itu sebagai yang pertama seumpamanya dalam menyokong syarikat asing dalam industri kereta.

JOM BACA >> INTIP : Proton teruskan ujian X70 CKD, Iriz dan Saga facelift

Ketua undang-undang global Jaguar Land Rover Keith Benjamin berkata, syarikat amat mengalu-alukan keputusan mahkhamah tersebut yang akan mengukuhkan lagi keyakinan mereka untuk melabur di China dan keadilan penghakiman harta intelektual di mahkamah China.

Ketetapan ini adalah bukti jelas undang-undang yang dilaksanakan dengan sewajarnya untuk melindungi pengguna dan menegakkan hak mereka supaya mereka tidak terkeliru, sambil melindungi pelaburan perniagaan dalam reka bentuk dan inovasi.

Landwind X7 telah diperkenalkan buat kali pertama di Guangzhou Motor Show pada tahun 2015 dan dilancarkan ke pasaran China dengan harga permulaan tiga kali ganda lebih murah berbanding Range Rover Evoque.

Klon Evoque ini menjadi model yang popular di kalangan pelanggan di negara tersebut, sekaligus memberi tamparan hebat buat pencipta asal. Namun syarikat pengeluar dari British itu tidak pernah kenal erti putus asa dan selepas tiga tahun, keadilan akhirnya berjaya ditegakkan.

Syabas Jaguar Land Rover! Pada muka kau Landwind!

JOM BACA >> Yema Bojun – Proton X70 gred ‘copy ori’

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply