ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jentera lumba Proton S70 R3 bakal curi tumpuan di Malaysia Autoshow 2024

Berita Tempatan

Views

Proton bakal melancarkan kereta lumba S70 R3 yang dibangunkan oleh R3 Motorsports di Malaysia Autoshow 2024 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

S70 R3 merupakan kereta lumba serba baharu pertama Proton R3 sejak Proton Saga R3 pada tahun 2019, sekaligus menandakan kembalinya jenama tersebut ke perlumbaan S1K sejak tahun itu.

Setakat hari ini, Proton R3 telah menggengam lima kemenangan, lebih banyak daripada pasukan yang lain, termasuk meraih kemenangan selama tiga tahun berturut-turut dari 2017 hingga 2019.

Jentera lumba serba baharu ini adalah kesinambungan dari legasi perlumbaan Proton, yang bermula dari era sebelum R3 apabila syarikat bersaing dalam rally dan perlumbaan litar dengan Saga.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Masih lagi dalam pembangunan, kereta yang dipamerkan menampilkan evolusi terbaru pakej aerodinamik yang disesuaikan untuk kereta lumba ini.

Dua unit kereta baharu ini bakal dipertaruhkan oleh pasukan pada perlumbaan Sepang 1,000km pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, Proton mempunyai sejarah panjang dalam sukan permotoran, bermula dengan Saga dan penglibatan syarikat semakin meningkat dengan penubuhan Proton R3 pada tahun 2003.

Sejak itu, Proton telah bersaing dan menang pelbagai pertandingan hingga ke peringkat global dengan model seperti Proton Satria, Waja, Suprima S, Iriz, dan versi terbaru Saga.

S70 R3 bukan sahaja menandakan kembalinya nama Proton ke acara S1K, malah ia juga kereta lumba pertama berdasarkan model yang dibangunkan bersama oleh Proton dan Geely.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pembeli dan pengunjung Malaysia Autoshow 2024 bakal ditawarkan dengan promosi eksklusif dan ganjaran dari Proton, sepanjang acara tersebut berlangsung.

Pengunjung yang terus membuat tempahan model Proton akan menerima hadiah eksklusif seperti pelindung matahari, pembaca tol, dan pengecas tanpa wayar untuk model terpilih.

Promosi istimewa juga ditawarkan khusus untuk tempahan yang dibuat di Malaysia Autoshow dengan pendaftaran sebelum 30 Jun 2024.

Ini termasuk penyelenggaraan percuma selama dua tahun untuk model X50, X70, dan X90 serta baucar tunai RM500 untuk model S70, Saga, dan Persona.

Selain itu, terdapat juga ‘Test Drive Lucky Spin‘ di mana peserta dapat memutar roda bertuah untuk memenangi barangan eksklusif Proton setelah memandu uji model Proton.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply