Anak syarikat Proton, Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) hari ini menjemput rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam meneka dan menyahkod jenama Proton EV yang terbaru.
Pertandingan menamakan jenama Proton EV ini menandakan kesediaan mereka untuk melancarkan kereta elektrik pertama yang akan datang.
Ketika jangkaan semakin meningkat dan keterujaan semakin memuncak, pertandingan ini berfungsi sebagai bukti komitmen Proton untuk menerajui masa depan teknologi automotif di Malaysia.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, pertandingan ini bukan hanya sekadar menamakan jenama, tetapi ingin menjemput rakyat Malaysia untuk menjadi komuniti penting dalam membentuk mobiliti lestari masa hadapan.
Pemenang Hadiah Utama berpeluang memenangi wang tunai RM5,000 bersama dengan RM1,500 untuk tempat kedua dan RM1,000 untuk tempat ketiga.
Lima yang teratas akan diberi ganjaran, dengan setiap pemenang menerima RM100 tunai. Tunjukkan kreativiti anda dan berpeluang memenangi hadiah yang menarik.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Untuk menyertai, sila ikuti tiga-langkah mudah sepeti di bawah dan nyahkod nama EV terbaru Proton :
- Langkah 1: Isi borang pendaftaran di https://protonev.pronet.my
- Langkah 2: Nyahkod dan susun semula imej atau kenyataan yang diberikan
- Langkah 3: Kongsi pautan pertandingan kepada rakan-rakan untuk menyertainya
Layari https://protonev.pronet.my untuk nyahkod dan teka nama untuk anda berpeluang memenangi hadiah yang menarik.
Pertandingan berakhir pada 5 Jun 2024. Untuk maklumat lanjut, ikuti ProtonCarsOfficial di Facebook atau @protoncars di Instagram.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI