ARKIB

KATEGORI

Tular

Selepas hampir 2 bulan tunggang Modenas Kriss 110 untuk tunai umrah, Aidil tiba di Mekah

Tular

Views

Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menunggang motosikal mendapat perhatian ramai orang.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Aimpro Samudra, pemuda bernama Muhammad Aidil Nursulhi, 19 tahun itu selamat sampai di Tanah Suci dengan menunggang motosikal jenis Modenas Kriss 110.

Menurutnya, ekspedisi itu mengambil masa dua bulan dan Aidil telah memulakan perjalanannya dari Melaka pada 21 Mac 2024 lalu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Difahamkan, banyak halangan yang perlu ditempuhi olehnya ketika dalam pengembaraan, namun dia tekad untuk meneruskan destinasinya ke Mekah.

Terdahulu, Aidil pernah mengelilingi dunia bersama bapanya, Aimpro Samudra dengan menaiki kereta jenis Perodua Kelisa dan kejayaannya kini sangat membanggakan bapanya.

“Alhamdulillah, abah sendiri pun belum sampai. Syukur, ini semua dengan keizinan daripada Allah dan berkat doa semua,” ujar bapanya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa kagum di atas kesungguhan remaja itu. “Alhamdulillah, tahniah Aidil. Moga Allah rahmati setiap niat dan usaha,” komen Azli.

“Alhamdulillah, tahniah sampai ke Tanah Suci. Perjalanan yang amat jauh dengan pelbagai cabaran akhirnya Allah memakbulkan hajat dan niat sampai ke sini,” komen Azman.

“Berkat doa ibu bapa, Alhamdulillah tahniah. Semoga mendapat umrah yang mabrur,” komen Wahid. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Aimpro Samudra

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply