ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM Malaysia tawar promosi dan ganjaran istimewa untuk pemilik baharu sempena bulan Ramadan

Berita Tempatan

Views

Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia kali ini, GWM Malaysia menawarkan promosi eksklusif dan ganjaran istimewa bagi meningkatkan pengalaman pemilikan kepada pelanggan baharu jenama tersebut.

Antara Promosi Ramadan GWM yang ditawarkan termasuk:

  • 5 tahun penyelenggaraan percuma untuk semua model GWM, termasuk alat ganti dan kos buruh bagi GWM ORA GOOD CAT, GWM ORA 07, GWM TANK 300, dan GWM HAVAL H6 HEV.*
  • Penjimatan sehingga RM25,000, kadar faedah pinjaman yang rendah, serta pengecas dinding rumah percuma untuk GWM ORA GOOD CAT dan GWM ORA 07.*
  • Jaminan penuh kenderaan 6 + 2 tahun (tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh) untuk GWM ORA 07.*
  • Jaminan 6 tahun tanpa had perbatuan untuk GWM TANK 300.*
  • 10,000 km perbatuan percuma untuk GWM HAVAL H6 HEV.*
    (* Tertakluk pada terma dan syarat. Promosi sah sehingga 31 Mac 2025).

Bukan itu sahaja, anda boleh memandu uji GWM TANK 300 dan berpeluang menyertai kempen “Realise Your Dream Trip with GWM TANK 300“.

Seramai 25 pemenang bertuah akan menerima baucar percutian eksklusif bernilai RM888,* untuk percutian di kota atau pengembaraan ‘off-road‘.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Cara penyertaan:

  • Langkah 1 — Pandu uji GWM TANK 300 di mana-mana Pengedar Sah GWM berhampiran.
  • Langkah 2 — Ambil gambar bersama GWM TANK 300 dan perunding jualan, kemudian kongsikan di laman media sosial anda.
  • Langkah 3 — Imbas kod QR yang tersedia untuk menghantar tangkap layar hantaran media sosial tersebut.

Selain itu, pembeli baharu yang membuat tempahan dan mendaftarkan GWM TANK 300 selewat lewatnya pada 31 Mac 2025 turut layak untuk menyertai cabutan bertuah, di mana lima pemenang bakal menerima baucar percutian mewah bernilai RM8,888.

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, promosi dan ganjaran Ramadan ini adalah untuk mencetuskan keterujaan dan memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Ia juga menjadi tanda penghargaan di atas kesetiaan pelanggan dan sokongan mereka yang berterusan di samping meraikan para pelanggan Muslim sepanjang bulan mulia ini.

GWM Malaysia terus komited dalam menawarkan penyelesaian pemanduan inovatif dan lestari, bagi menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan dan dipertingkatkan kepada setiap pelanggan.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Dengan kepelbagaian kenderaan yang direka untuk memenuhi keperluan berbeza, setiap model dibangunkan dengan penuh teliti bagi memenuhi permintaan pasaran Malaysia yang semakin berkembang.

Model GWM ORA menawarkan kenderaan elektrik mesra alam yang menggabungkan prestasi dan kelestarian. Berkonsepkan retro-futuristik, GWM ORA GOOD CAT hadir dengan reka bentuk bergaya dan ciri-ciri terkini, ideal untuk mereka yang mengutamakan pemanduan lancar.

GWM ORA 07 pula menawarkan ciri-ciri mewah dengan teknologi canggih dan estetika menawan untuk pengalaman pemanduan yang elegan dan berkuasa.

GWM TANK 300 pula merupakan sebuah SUV lasak dan mampu untuk menakluki pelbagai bentuk permukaan jalan di bandar hingga ke kawasan berbatu dan mencabar, menjadikan ia pilihan terbaik untuk pengembaraan harian.

Manakala GWM HAVAL H6 HEV, model pemasangan tempatan (CKD) pertama di Malaysia telah menjadi antara SUV terlaris dalam negara.

Model SUV hibrid ini meraih populariti daripada ciri-ciri keselesaan maksimum dan kecekapan bahan api yang luar biasa, ia adalah pilihan ideal untuk perjalanan jarak jauh.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply