ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hab pengecasan berprestasi tinggi 360kW Shell Recharge bakal dibuka di Resorts World Genting

Berita Tempatan

Views

Shell Recharge merancang untuk mewujudkan hab pengecas di Resorts World Genting, yang terdiri daripada 10 ruang pengecasan lengkap dengan pengecas berprestasi tinggi (HPC) ultra-pantas 360kW menjelang awal tahun hadapan.

Hab EV yang merupakan hasil kerjasama strategik Porsche Malaysia dan Genting Malaysia Berhad ini akan menjadi penambahan baharu kepada rangkaian Shell Recharge EV sedia ada sebanyak 136 stesen pengecas.

Menurut Pengurus Besar, Mobiliti, Shell Malaysia, Seow Lee Ming, pihaknya berharap pengguna EV seluruh negara dapat memandu ke lokasi peranginan utama ini tidak lama lagi tanpa perlu khuatir akan kebimbangan jarak dengan rangkaian Shell Recharge.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ketua Pegawai Eksekutif, Porsche Sime Darby Auto Performance Sdn Bhd, Christopher Hunter berkata, menerusi hab pengecasan berprestasi tinggi itu nanti, kelajuan mengecas ultra-pantas hanya mengambil masa 20 minit untuk mengecas kapasiti bateri sebanyak 5 peratus hingga 80 peratus.

Hab pengecasan semua-dalam-satu ini akan memuatkan 10 pengecas yang terdiri daripada empat pengecas berprestasi tinggi 360kW dan enam pengecas AC 22kW.

Semua pengecas disertakan dengan penyambung pengecasan CCS Type 2 dan Shell Recharge turut mengumumkan peralihan mekanisma harga bersamaan kilowatt-jam (kWj).

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Kadar kWj baharu menerusi pengecas AC di seluruh negara akan bermula pada 1 November manakala pengecas DC, mulai 15 Disember.

Model Shell Recharge turut mengekalkan yuran tempahan dan bakal melaksanakan caj terbiar bagi kesemua model pengecasan yang berbeza bertujuan untuk memberi keutamaan ruang letak kereta pintar untuk pemilik EV.

Pelanggan juga masih boleh menempah tempat letak kereta melalui aplikasi ParkEasy Shell. yang merangkumi ciri-ciri lain sperti akses navigasi untuk memudahkan pelanggan EV mencari ruang yang tersedia dan penghadang di tempat letak kereta untuk ruang tersedia untuk mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply