ARKIB

KATEGORI

Buletin

Robot ‘Serai Gorgon 1’ ciptaan Bomba Bagan Serai bantu padam kebakaran dan penyelamatan

Berita Tempatan

Views

Mengelak risiko kecederaan selain memastikan operasi mengawal kebakaran dan penyelamatan berjalan lancar, Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai mengambil inisiatif mencipta robot dikenali sebagai ‘Serai Gorgon 1‘ (SG1).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Ahmad Noor Syamsi Zainoldin berkata penciptaan SG1 bermula Julai tahun lalu dan mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan melalui idea serta penggabungan kemahiran enam anggota balai berkenaan.

Beliau berkata kos pembikinan robot seberat 71 kilogram (kg) menelan belanja sekitar RM11,000 dan 90 peratus bahan yang digunakan adalah daripada besi dan barangan elektrik terpakai.

Idea untuk penciptaan robot ini pada asalnya tercetus setelah memikirkan risiko kecederaan dan kematian yang sering dihadapi oleh anggota bomba dalam pelbagai operasi terutama membabitkan kes-kes kebakaran dan penyelamatan.

Bagi penghasilan robot itu antara bahan yang digunakan adalah seperti besi jenis persegi berongga dengan ketebalan 1.6 milimeter (mm), gegancu motosikal, pemercik air, motor tingkap kuasa dan sebagainya.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ahmad Syamsi berkata pihaknya juga telah bekerjasama dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) serta Universiti Sains Malaysia (USM) pada Ogos lepas bagi menilai keupayaan serta ketahanan SG1.

Katanya, kerjasama itu memfokuskan kepada sesi ujian bagi menilai tahap keupayaan dan ketahanan SG1 khususnya dalam membantu operasi anggota bomba.

Hasil dapatan daripada ujian yang dilakukan, SG1 mampu bertahan sehingga suhu mencecah 300 darjah Celsius manakala melalui kerja-kerja penyelamatan pula robot ini berupaya mengangkat beban semaksimum 250kg.

Mengulas lanjut berkaitan kelebihan dimiliki SG1, katanya robot tersebut turut dilengkapi dengan alat kawalan jauh, sistem kamera, pengesan gas, muncung semburan air dan tirai air (water curtain).

Alat kawalan jauh fungsinya adalah untuk mengawal pergerakan SG1 dalam melaksanakan operasi. Sistem kamera membekalkan isyarat secara visual berkenaan risiko yang terdapat di kawasan sekeliling.

Pengesan gas berfungsi mengesan gas berbahaya yang terdapat di lokasi, muncung semburan air berperanan dalam mengawal pergerakan air serta jenis semburan bersesuaian yang perlu dilakukan dan tirai air (water curtain) pula berfungsi bagi melindungi SG1 daripada bahang panas melampau.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Selain itu, anak jati kelahiran Bagan Serai berusia 42 tahun itu menjelaskan robot tersebut turut berperanan dalam menembusi ruang-ruang sempit yang sukar ditembusi oleh anggota bomba dalam mana-mana operasi kebakaran dan penyelamatan.

“Bagi kami, robot ini adalah benteng hadapan bagi melancarkan operasi dan mengurangkan risiko atau ancaman keselamatan terhadap anggota,” katanya.

Selain itu, katanya SG1 juga pernah digunakan dalam dua operasi khusus melibatkan pembakaran terbuka yang berlaku di kawasan sekitar pada Ogos dan Oktober lalu.

Bercerita mengenai pengiktirafan terhadap SG1, beliau berkata penghasilan robot itu telah menobatkan Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai selaku juara bagi Pertandingan Anugerah Minggu Inovasi Negeri Perak 2023 sempena Sambutan Minggu Inovasi Tahun 2023 JBPM yang berlangsung 16 November lalu.

“Pengiktirafan ini amat bermakna buat kami dan akan dijadikan sebagai azimat serta pembakar semangat dalam meningkatkan lagi produktiviti SG1 bagi melancarkan operasi sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga anggota dalam sesuatu operasi,” katanya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Balai Bomba Bagan Serai

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply