ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Triton 2023 terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Berita Tempatan

Views
ASEAN NCAP - Mitsubishi Triton (2023)

Laman sesawang rasmi Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah mengumumkan keputusan ujian model generasi terkini trak pikap Mitsubishi Triton (2023).

Ia juga merupakan ujian sulung bagi model trak pikap yang dilakukan di bawah protokol penilaian terkini ASEAN NCAP 2021-2025.

Mitsubishi Triton 2023 (varian Double Cab) itu telah mencatatkan keputusan cemerlang dengan menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 74.71 mata.

Protokol terkini ASEAN NCAP 2021-2025 adalah berdasarkan empat kategori yang merangkumi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) dan Keselamatan Motosikal (MS).

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Berikut adalah cerakinan skor bagi keputusan ujian untuk model Mitsubishi Triton 2023:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 32.52 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 17.54 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 14.44 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 10.22 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

Mitsubishi Triton 2023 didatangkan dengan beberapa ciri keselamatan seperti tiga (3) beg udara, Sistem Brek Antikunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) untuk penumpang hadapan dan belakang, serta Teknologi Perlindungan Pejalan Kaki (CPD) sebagai kelengkapan standard untuk semua varian.

Trak pikap Triton generasi keenam ini juga dilengkapi dengan beberapa teknologi bantuan keselamatan yang ditawarkan secara pemasangan standard atau pilihan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Antara teknologi yang ditawarkan termasuklah Antaranya Brek Kecemasan Kendiri (AEB) Bandar, AEB Antara-Bandar, AEB Pejalan Kaki, Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Pengesanan Titik Buta (BSD) di kedua-dua sisi kenderaan dan Pancaran Lampu Tinggi Auto (AHB),

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan tujuh (7) beg udara dan SBR untuk penumpang belakang secara pemasangan standard atau pilihan.

Selain daripada ujian offset hadapan dan impak sisi yang ASEAN NCAP lakukan untuk menilai tahap keselamatan Triton baharu bagi melindungi penumpangnya, ASEAN NCAP juga melakukan penilaian fizikal terhadap keberkesanan teknologi AEB dan BSD yang dilengkapi dalam trak pikap untuk mengelakkan perlanggaran dengan pengguna jalan raya yang lain.

Dalam penilaian tersebut, ASEAN NCAP mengesahkan bahawa teknologi berfungsi mengikut keperluan ASEAN NCAP.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto rasmi Mitsubishi Triton 2023

Foto kredit @JaMtoka

Foto kredit Headlightmag.com

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply