ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Hampir 20,000 pengunjung hangatkan suasana Festival Perlumbaan Toyota GAZOO Racing

Views

Festival Perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) yang melabuhkan tirai hujung minggu lalu berjaya mencapai sasarannya dengan kehadiran lebih kurang 20,000 orang pengunjung bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) untuk mengalami sendiri aksi perlumbaan serta hiburan yang disediakan.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama yang turut bersaing sebagai pelumba dalam kategori Promotional berkata, ribuan pengunjung hadir telah menjadikan penganjuran acara berskala besar seperti ini sangat bermakna dan syarikat akan meneruskan usaha untuk mempromosi sukan permotoran diperingkat akar umbi di negara ini.

Takeyama turut memuji pemandu-pemandu yang bersaing di dalam perlumbaan Vios Challenge, yang telah menunjukkan banyak peningkatan berbanding penampilan sulung mereka di Batu Kawan Ogos lalu. Vios Challenge menampilkan 40 pemandu yang berlumba menggunakan jentara Toyota Vios 1.5J yang identikal di dalam tiga kategori berbeza dan ia menjadi tarikan utama acara berkenaan.

Aksi di MAEPS melibatkan litar sepanjang 1.9 km dan 17 selekoh serta lima peralihan ketinggian permukaan litar menjadikannya lebih mencabar untuk pemandu dan memberi keseronokkan untuk penonton. Perlumbaan itu juga turut ditayangkan pada skrin besar yang diletakkan di sekitar litar berkenaan.

Kejutan berlaku dalam perlumbaan kategori Sporting apabila Brendan Paul Anthony, pendatang baharu dari pasukan Dream Chaser mencatat masa terpantas dalam pusingan kelayakan. Beliau seterusnya mendahului di dalam Perlumbaan 1 dan mengatasi pemandu berpengalaman lain seperti Brendon Lim, Ken Foo, Kenneth Koh dan Clement Yeo. Pada perlumbaan 2, Patrick Tam yang mewakili Team Nanoplus memberi saingan sengit kepada Brendon Lim dari pasukan Tedco Racing mencuri tumpuan di dalam litar kering. Ini telah memaksa Brandon sekadar berpuas hati ditempat ketiga dan kedudukan podium kedua bagi dirinya.

Bagi kategori Promotional, Shawn Lee sekali lagi beliau membuktikan ketangkasannya dengan muncul juara bagi Perlumbaan 1 pada Sabtu, diikuti oleh Shukri Yahaya dan Danny Koo, mengulangi kedudukan seperti di Batu Kawan. Di Perlumbaan 2, kesilapan ketika memasuki selekoh ke-6 menyaksikan keretanya berpusing dan ini memberi peluang kepada Shukri untuk muncul juara dan diikuti rapat oleh Danny dan Diana Danielle yang menjadi pemandu wanita pertama menaiki podium Vios Challenge.

Kategori Super Sporting menyaksikan pemandu-pemandu profesional ternama tempatan seperti Tengku Djan dan Mark Darwin. Saingan sengit antara kedua-dua pelumba ini menyaksikan kereta Darwin merempuh dinding dan kemudiannya tidak dapat lagi meneruskan perlumbaan. Djan dapat meneruskan saingan namun sekali lagi berlaku insiden yang sama hingga menyebabkan Akina Teo dari Team Mudah Racing terkeluar dari perlumbaan.

Meng Hui dari MMCS Sport mengambil peluang itu untuk merebut tempat pertama hingga ke akhir perlumbaan yang diikuti oleh Syafiq Ali dari M7 Racing Team dan Boy Wong dari ST Wagon untuk mengisi kedudukan podium yang ditinggalkan. Perlumbaan 2 pula terpaksa ditangguhkan sementara selama sejam akibat hujan lebat. Malang bagi Djan kerana tidak dapat meneruskan perlumbaan setelah bergesel dengan jentera yang dipandu Willian hingga menyebabkan rim jenteranya patah.

Willian juga terpaksa berdepan dengan masalah tayar bocor dan turut dikenakan denda 15 saat, namun berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat ketiga. Mitchell Cheah muncul juara dan diikuti oleh Boy Wong di tempat kedua. Aksi drift oleh juara dunia dari Jepun, Masato Kawabata dan Hideyuki Fujino menggunakan kereta Toyota 86 Toyo Tires turut berjaya memukau penonton.

Selain itu, Toyota turut mempamerkan model-model terkini dan yang paling mencuri tumpuan adalah model C-HR. Sesi pandu uji turut dijalankan dan pengunjung juga diberi peluang untuk mengalami sendiri keseronokkan model Hilux dan Fortuner menerusi laluan yang dibina khas, antaranya ketika memanjat binaan rel yang tinggi serta halangan dilaluan off-road. Sebanyak 20 trak makanan utama turut menyajikan hidangan mereka kepada pengunjung sepanjang hujung minggu lalu.

Semua selebriti TGR seperti Danny Koo, Diana Danielle, Fattah Amin, Geraldine Gan, Janna Nick, Shawn Lee, Shukri Yahaya dan Venice Min melakukan kunjungan kerap untuk mengagihkan cenderahati dan bergambar bersama peminat. Turut memeriahkan suasana di pentas utama ialah barisan selebriti bersama bas Drama Sangat Media Prima yang terdiri daripada Bell Ngasri, Chacha Maembong, Izzue Islam, Johan Ashaari, Nad Zainal, Puteri Aishah, Raja Afiq dan Zoey Rahman.

bakal menjelajah ke Medini, Iskandar di Johor pada 19 hingga 20 Januari 2018 nanti. Pengumuman pemenang hadiah utama Toyota Vios SE yang akan dibuat menerusi saluran komunikasi rasmi UMW Toyota Motor sebelum 7 Disember 2017. Untuk maklumat lanjut, khalayak awam boleh mengikuti perkembangan di laman rasmi Toyota GAZOO Racing Malaysia serta laman web rasmi UMW Toyota Motor termasuk laman Facebook dan Instagram.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply