ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga baharu minyak bakal ditentukan esok?

Views

Berita Harian melaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan bersedia menurunkan harga minyak mengikut harga pasaran dunia, namun pada masa yang sama perlu mempertimbangkan permintaan pengusaha stesen minyak terlebih dahulu sebelum memutuskan harga baharu petrol dan diesel selepas Mesyuarat Kabinet esok.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui selepas Program Back To School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang, di sini, hari ini. Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan harga runcit produk petroleum kekal sebelum penetapan harga baharu yang akan dibuat sebelum akhir minggu pertama ini.

JOM BACA >> INFO : Percaya atau tidak 12 tahun lalu moyang kepada Proton X70 ini sudah ada ciri Arahan Suara?

Ini bermakna untuk beberapa hari, harga runcit petrol kekal RM2.20 seliter bagi RON95, RM2.50 seliter bagi RON97 dan diesel pula RM2.18 seliter. Sementara itu, Dr Mahathir menyambut baik perutusan Tahun Baru 2019 Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, yang mahu masalah antara Malaysia dan negara jiran itu diselesaikan secara konstruktif.

Katanya, hubungan Malaysia dan Singapura adalah baik, namun ada beberapa masalah dan ia perlu diselesaikan melalui rundingan. Tambahnya lagi, kita tidak menyelesaikan masalah secara konfrantasi atau kecaman melalui media kerana yakin masalah boleh diselesaikan. Nampak gayanya hari esok (Rabu) bakal menjadi penentu harga minyak, sama ada naik atau turun ataupun kekal. Kita nantikan!

JOM BACA >> SPEKULASI : Perodua sedang bangunkan SUV mini dari pelantar X-Concept?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply