ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga minyak kekal buat sementara – Penetapan harga petrol, diesel mingguan ditangguh

Views

Astro Awani melaporkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia petang tadi mengumumkan harga runcit petrol RON95 akan kekal pada harga RM2.20 seliter untuk tempoh beberapa hari. Ia turut melibatkan petrol RON97 yang turut kekal pada harga RM2.50 seliter dan diesel RM2.18 seliter.

Pengekalan harga itu mengambil kira pandangan semua pihak dan kerajaan juga perlu mengkaji permintaan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) yang menentang penetapan harga runcit petroleum secara mingguan. PDAM juga telah meminta agar diteliti semula kadar Margin Pengusaha Stesen Minyak yang merupakan salah satu komponen di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), yang pada masa ini digunakan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum.

PDAM sebelum ini memberikan dua cadangan bagi menggantikan mekanisme penetapan harga secara mingguan, antaranya adalah mekanisme Margin Pengusaha Stesen Minyak (DGM) dan penjualan secara konsainmen. Di bawah sistem DGM, sekiranya harga minyak turun selepas stesen minyak membuat pesanan minyak, syarikat minyak akan membayar pampasan kepada stesen minyak sekiranya mereka mengalami kerugian.

JOM BACA >> Mungkin inilah rupa SUV baharu Perodua

DGM memastikan margin keuntungan stesen minyak kekal pada 10 sen seliter, tidak kira sama ada harga minyak mentah global naik atau turun. Bagi penjualan secara konsainmen pula, stok di stesen adalah milik syarikat minyak, dan pengusaha stesen hanya menjualnya sebagai ejen. Ini bermakna pengusaha stesen minyak mendapat komisyen bagi setiap liter dijual, dan tidak akan menanggung apa-apa risiko perubahan harga.

Guan Eng berkata pertimbangan dan persetujuan jemaah menteri akan diperoleh dalam mesyuarat pada 2 Januari 2019 yang bakal dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi mencari mekanisme penetapan harga runcit petrol yang paling optimum.

Tambah Guan Eng lagi, kerajaan tetap berhasrat melaksanakan penetapan harga runcit petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat berikutan penurunan harga petroleum dunia. Penetapan harga runcit produk petroleum terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama tahun baharu 2019.

JOM BACA >> RAMALAN : Model apakah yang bakal dikeluarkan oleh Proton dan Perodua tahun depan?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply