Nampaknya TheAjerul masih tidak berputus asa untuk memberi gambaran awal model SUV baharu Perodua (namakod D38L). Jika dalam artikel sebelum ini, beliau telah melakukan percubaan kali pertama dan hasilnya ia hampir tepat. Namun setelah mendapat beberapa maklum balas dan info dari beberapa individu yang telah melihat rupa sebenar SUV ini, beliau merombak sedikit rekaan tersebut dan hasilnya adalah seperti foto di atas.
JOM BACA >> RAMALAN : Model apakah yang bakal dikeluarkan oleh Proton dan Perodua tahun depan?
Jika tepat tekaan TheAjerul, kami bagi ‘tabik spring’ pada beliau kerana telah berjaya membongkar rahsia lebih awal. Kami menjangkakan model SUV yang bakal dikenali dengan nama Aruz ini bakal dilancarkan seawal bulan Januari 2019. Nak tahu info lebih lanjut mengenai adik kembar kepada Daihatsu Terios dan Toyota Rush versi Perodua, ketik sahaja pautan ini.
Kalau rasa berkenan di hati tu, masih sempat lagi nak kumpul duit buat bayaran muka. Nantikan kemunculannya!
JOM BACA >> INTIP : Proton uji Iriz MC2 dan Persona facelift semasa cuti Krismas?
KLIK UNTUK BESARKAN
Senang je design bumper cilok skit dari model crv & brv….kacukan honda & toyota jadilah design anak tempatan…
Janji harga mampu milik, boleh bawa 7 org, kualiti binaan, jimat minyak, mudah selenggara, ciri keselamatan standard. Pasal cilok ke apa ke letak tepi.. Proton rebage habis Boyue jual mahal nak mampus tak kecam pulak.