Berita Harian melaporkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerajaan akan melakukan kenaikan harga petrol secara berperingkat dan perkara itu sudah dipersetujui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini bermakna kumpulan yang tidak akan menikmati subsidi petrol secara bersasar tidak akan terkesan secara langsung sekiranya harga minyak dunia meningkat. Kenaikan harga petrol secara berperingkat ini bermaksud akan ada implikasi kepada kewangan kerajaan dan ia telah dibincangkan bersama dengan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng).
Sebagai contoh, jika harga minyak itu diapungkan pada harga 30 sen (seliter) tetapi kerajaan hanya menaikkan pada harga lima sen (seliter) sahaja, bermakna kerajaan akan menyerap baki 25 sen itu. Beliau berkata demikian selepas majlis Perhimpunan Bulan November 2018 kementerian itu semalam.
JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, terdapat permintaan supaya subsidi petrol secara bersasar diperluaskan kepada kumpulan terendah dalam kelompok isi rumah berpendapatan pertengahan (M40). Beliau bagaimanapun memaklumkan, kementerian akan memulakan pelaksanaan dasar baharu itu kepada isi rumah berpendapatan rendah (B40) dahulu.
Setakat ini, kementerian masih dalam penelitian menyenaraikan kelompok golongan sasaran yang akan menikmati subsidi berkenaan, manakala Kementerian Kewangan pula dalam proses memuktamadkan penyedia perkhidmatan yang layak. Pada masa sama satu pasukan khas sudah ditubuhkan diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Badrul Hisham Mohd bagi memastikan dasar ini berjalan dengan lancar.
Beliau berkata, kementerian bercadang untuk melakukan latihan dalam tempoh bermula Disember ini sehingga Mac depan bagi melihat sistem subsidi tersebut yang ketika ini hampir selesai dibangunkan. Kerajaan akan melaksanakan pemberian subsidi petrol bersasar kepada pemilik kenderaan dan motosikal daripada golongan B40 melalui mekanisme 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal bermula suku kedua tahun depan.
JOM BACA >> KLIMS18 : Intai-intai bakal SUV Perodua (D38L)
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI