ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Toyota Yaris hatchback sedang diuji JPJ?

Views

Minggu lalu, rakan kepada pembaca kami, Fairozee Hashim telah berjaya merakam video ini di sekitar Putrajaya. Kelibat sebuah Toyota Yaris hatchback berjaya dikesan menggunakan plet merah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Besar kemungkinan unit ini sedang dipandu uji dan dinilai oleh JPJ terlebih dahulu sebelum ia diluluskan untuk jualan kepada umum. Kami juga baharu sahaja memperolehi foto intipan model tersebut yang sempat dirakam oleh Kamaruzamän Rashid.

Kami menjangkakan Yaris hatchback bakal dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan. Dengan kembalinya Yaris hatchback ke pasaran Malaysia nanti, ia pasti akan memberi saingan sengit kepada pencabarnya, Honda Jazz, Proton Iriz, Volkswagen Polo dan jaguh hatchback segmen-B, Perodua Myvi.

JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift

Yaris hatchback dikuasakan oleh enjin 2NR-FE 1.5 liter yang mampu menjana 105hp dan tork 140Nm yang dipadankan bersama transmisi manual 5-kelajuan dan CVT dengan tuil gear tangan (paddle shift). Ia dilengkapi dengan tujuh beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak untuk semua varian.

Buat masa ini masih belum ada kenyataan rasmi mengenai model ini dikeluarkan oleh pihak Toyota Malaysia. Nantikan kemunculannya!

JOM BACA >> KLIMS18 : Intai-intai bakal SUV Perodua (D38L)

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply