Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Kementerian Kewangan mengumumkan harga mingguan baharu petrol dan diesel berdasarkan penetapan Mekanisma Harga Automatik (APM). Harga runcit mingguan baharu petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan naik 6 sen seliter, manakala diesel pula naik 12 sen seliter berbanding minggu lepas.
Harga runcit mingguan baharu ini akan berkuat kuasa dari 19/01/2019 hingga 25/01/2019. Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya.
JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?
Berikut adalah harga runcit mingguan baharu petrol dan diesel mulai 19/01/2019 hingga 25/01/2019:
- RON95 : RM1.98 seliter (naik 6 sen dari RM1.92)
- RON97 : RM2.28 seliter (naik 6 sen dari RM2.22)
- Diesel : RM2.17 seliter (naik 12 sen dari RM2.05)
JOM BACA >> SUV tujuh-tempat duduk Perodua Aruz dilancarkan – Harga bermula dari RM72,900
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI