ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saham DRB-Hicom jatuh, Proton berdepan saman sivil

Views

Berita Harian melaporkan, susulan saman sivil yang diterima anak syarikat tidak langsungnya, Proton Automobiles (China) Ltd (PACL) daripada Goldstar Heavy Industrial Co Ltd. harga saham DRB-Hicom Bhd jatuh 11 sen, atau 6.15 peratus kepada RM1.68 pagi tadi. Dalam kenyataannya di Bursa Malaysia, DRB-Hicom berkata PACL berdepan saman sivil yang menuntut 860.61 juta renminbi (RM522.9 juta) di Mahkamah Tinggi Guangdong, China.

PACL dan satu lagi unit Proton, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan yang dihantar oleh Goldstar. Kedua-dua anak syarikat Proton itu perlu hadir di mahkamah pada 9 Julai ini. DRB-Hicom Bhd berkata tuntutan adalah berkaitan kontrak yang dimeterai antara anak syarikat 50.1 peratus Proton, Lotus Group International Ltd (LGIL) dan Goldstar pada 17 April 2015 untuk menubuhkan sebuah syarikat usaha sama, Goldstar Lotus Automobile Co Ltd (GLAC).

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

Proton memiliki kepentingan sebanyak 40 peratus dalam GLAC, manakala LGIL (10 peratus) dan Goldstar (50 peratus). GLAC dirancang untuk mengeluar dan menjual kereta serta alat ganti Lotus, selain menyediakan perkhidmatan selepas jualan di China. Bagaimanapun, selepas gagal mendapatkan lesen pengeluaran pada tarikh akhir 31 Disember 2017, kontrak syarikat usaha sama itu dibatalkan pada 22 Januari 2018.

Ini sekaligus menyebabkan GLAC tidak dapat memulakan operasi perniagaannya. DRB-Hicom berkata, syarikat itu dan penasihat undang-undangnya sedang meneliti tuntutan tersebut dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk mempertahankannya. Penganalisis Hong Leong Investment Bank, Daniel Wong berkata, bagaimanapun mengekalkan saranan beli ke atas saham DRB-Hicom dengan harga sasaran tidak berubah pada RM2.80, bergantung kepada penjelasan berikutnya daripada pengurusan.

Katanya lagi, dari segi operasi, model baharu X70 mendapat tempahan menggalakkan 15,000 unit, dengan lebih 2,000 unit sudah diserahkan. Kejayaan pelancaran model SUV pertama Proton ini akan memberikan keyakinan kepada pelabur untuk pelancaran model-model Proton pada masa akan datang serta sokongan kukuh berterusan Geely untuk memulihkan syarikat tersebut.

JOM BACA >> SUV tujuh-tempat duduk Perodua Aruz dilancarkan – Harga bermula dari RM72,900

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • hahaha.adakah ini langkah bersama communist china utk bantu geli take over majority saham ploton n 100pct lotuss? kalau kalah dlb x mampu byr saman tu.cara lain adalah dgn dispose share dia dlm ploton utk pembeli yg berminat le, siapa lagi kalau bukan geli. hahaha.sejarah geli kalau dikaji mmg x suka jadi minority shareholder. sampai cuba beli daimler secara jalan blakang. haha.kene tipu lagi orang msia

Leave a Reply