Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Kementerian Kewangan mengumumkan harga mingguan baharu petrol dan diesel berdasarkan penetapan Mekanisma Harga Automatik (APM). Harga runcit mingguan baharu petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan naik 10 sen seliter, manakala harga diesel pula masih lagi kekal.
Harga runcit mingguan baharu ini akan berkuat kuasa dari 23/02/2019 hingga 01/03/2019. Kenaikan ini adalah berikutan harga purata produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya.
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 dikesan sekitar Ampang dan Jalan Kuching
Berikut adalah harga runcit mingguan baharu petrol dan diesel mulai 23/02/2019 hingga 01/03/2019:
- RON95 : RM2.08 seliter (naik 1 sen dari RM1.98)
- RON97 : RM2.38 seliter (naik 1 sen dari RM2.28)
- Diesel : RM2.18 seliter (kekal)
JOM BACA >> INTIP: Kelibat unit ujian pertama Proton X50 berjaya dikesan
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI