ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Kelibat unit ujian pertama Proton X50 berjaya dikesan

Foto Intipan

Views

Dia mai dah! Baru je kami nak buat artikel tanpa foto intipan sebab ada rakan kami semalam bagitahu dia ternampak kelibat unit ujian pertama Proton X50 menghala ke Banting. Namun agak malang tiada foto sempat dirakam. Tapi kami bernasib baik hari ini kerana kami akhirnya memperolehi beberapa foto intipan pertama Proton X50.

Ia dikongsikan kepada kami melalui TheAjerul yang telah mendapat perkongsian foto-foto tersebut menerusi rakan media kami dari Automachi.com. Menurut info dari The Ajerul, kelibat model ini telah berjaya dikesan di Melaka.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal diperkenalkan bulan depan?

Unit ujian pertama Proton X50 ini menggunakan unit pemanduan sebelah kiri (LHD) model Geely Bin Yue (SX11). Sudah pasti ia sarat dengan celoreng penyamaran buat masa ini dan jika dilihat secara teliti ia masih mengekalkan model asal tanpa sebarang perubahan.

Kami difahamkan ia hanyalah sebagai model pembangunan untuk ditukarkan ke pemanduan sebelah kanan (RHD) yang bakal menggunakan lencana Proton nanti. Info yang kami perolehi setakat ini ada beberapa unit Geely Bin Yue (SX11) kini ada di pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton di Shah Alam dengan kawalan yang ketat.

Komponen model ini yang dihasilkan oleh vendor tempatan juga sedang dikeluarkan dan khabar angin mengatakan Proton X50 akan dilancarkan pada awal tahun depan (2020). Besar kemungkinan X50 akan mengalami beberapa perubahan reka bentuk untuk menjadikannya lebih bercirikan Malaysia. SUV kompak ini akan dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang baharu Proton-Geely di Tanjung Malim.

JOM BACA >> Model SUV kompak Proton bakal dinamakan X50?

KLIK UNTUK BESARKAN

Geely Bin Yue (SX11)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


    • Aruz rm80k dpt bawa 7 org.
      X50 rm80k bawa 5 org
      anda pilih yang mana satu untuk dlm bandar?

      X50 torque setinggi 205nm nak bawa masuk hutan ke? Dlm bandar je kan..


  • tak sesuai langsung banding aruz dgn x50. aruz lebih kepada economical family mover,
    X50 ni mcm HRV. Fast, stylish, modern, small suv. bukan utk bwk org ramai2. Torque tinggi x semesti nk masuk hutan, tapi berguna untuk memotong kenderaan lain bile drive di jalan bukan highway. Untuk kereta torque tinggi di rpm rendah pulak bleh membantu mengurangkan bunyi bising enjin. kereta pun rasa lebih smooth bile dipandu.
    Kalau fikir nk bawak ramai org, baik beli bas.

Leave a Reply