ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton X50 dikesan sekitar Ampang dan Jalan Kuching

Foto Intipan

Views

Jika semalam kita digemparkan dengan foto intipan pertama Proton X50, sebentar tadi dua orang rakan pembaca kami telah berjaya mengesan kelibat model ini sekali lagi, bukan di Melaka tetapi di dalam kesibukan kota raya Kuala Lumpur.

Foto pertama diperolehi oleh Tossee Works yang berjaya mengesan X50 pemanduan sebelah kiri (LHD) dalam mod penyamaran menggunakan plet B3611A di sekitar Jalan Ampang KLCC. Boleh dikatakan ini foto intipan X50 paling jelas kerana kita dapat melihatnya dalam keadaan berhenti.

Jelas kelihatan model sebenar yang berselindung disebalik celoreng tersebut dan ia merupakan model SUV kompak Geely Bin Yue (SX11). Difahamkan unit ujian ini bukan lagi model X50 yang sebenar kerana buat masa ini ia hanyalah untuk tujuan pembangunan.

Kelihatan sedikit papan pemuka model Bin Yue (SX11) yang menggunakan dua tona warna, coklat dan hitam selain empat corong ekzos pada bampar belakang. Besar kemungkinan unit yang sedang diuji ini menggunakan versi Sport Bin Yue (SX11).

JOM BACA >> INTIP: Kelibat unit ujian pertama Proton X50 berjaya dikesan

Foto kedua unit yang sama itu juga berjaya dirakam oleh Jay Soh Tsu Chung di sekitar Jalan Kuching dan telah dimuat naik ke laman group Facebook Live Car Breathe Car. Foto ini dirakam dari jarak yang agak jauh, namun kita masih boleh melihat susuk tubuhnya yang kompak.

Terkini! Beberapa lagi foto intipan tebaharu telah dimuat naik oleh Khairi Safwan Othman ke laman group Facebook Proton X70 Community Malaysia (X70CM) sebentar tadi. Menurutnya, sebuah unit X50 dan sebuah lagi model Honda HR-V yang mungkin sebagai model penanda aras telah ditemuinya sekitar Traders Hotel KLCC. Sempat lagi berswafoto ye!

Sekali lagi unit ujian ini berjaya dikesan oleh Ryo Nishikido di Persiaran KLCC sebentar tadi. Dia turut mengesahkan model tersebut adalah versi Sport Bin Yue (SX11). Meriah betul hari ini dengan foto intipan X50 kan?

SUV kedua Proton ini bakal dilancarkan pada awal tahun hadapan dan kami jangkakan model sebenar X50 berceloreng akan muncul di jalan raya selepas Hari Raya nanti. Jadi, siap sedia dengan kamera telefon anda ye!

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal diperkenalkan bulan depan?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply