Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Kementerian Kewangan mengumumkan harga mingguan baharu petrol dan diesel berdasarkan penetapan Mekanisma Harga Automatik (APM). Harga runcit mingguan baharu petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan naik 1 sen seliter, manakala harga diesel pula masih lagi kekal.
Harga runcit mingguan baharu ini akan berkuat kuasa dari 16/02/2019 hingga 22/02/2019. Kenaikan ini adalah berikutan harga purata produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya.
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Impian generasi baharu
Berikut adalah harga runcit mingguan baharu petrol dan diesel mulai 16/02/2019 hingga 22/02/2019:
- RON95 : RM1.98 seliter (naik 1 sen dari RM1.97)
- RON97 : RM2.28 seliter (naik 1 sen dari RM2.27)
- Diesel : RM2.18 seliter (kekal)
JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara>
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI