ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga petrol RM1.50 seliter tiada dalam manifesto PH – Subsidi bersasar bakal diperkenalkan awal tahun depan

Views

Bernama melaporkan, Kerajaan dijangka bakal mengumumkan mekanisme baharu subsidi petroleum selewat-lewatnya awal tahun depan dan akan memastikan tiada pelaburan besar dibelanjakan bagi tujuan itu. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan juga akan memastikan pelaksanaan sistem subsidi petroleum bersasar akan berjalan dengan lancar.

Kerajaan juga tiada rancangan untuk menurunkan harga petroleum sehingga ke paras RM1.50 seliter kerana ia tiada dalam manifesto PH bagi PRU14. Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan selepas merasmikan forum “Ekonomi Digital: Meneroka Potensi Untuk Memacu Pembangunan Malaysia” yang dikendalikan Kementerian Kewangan Malaysia dan Hub Pengetahuan dan Penyelidikan Global Kumpulan Bank Dunia.

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

Ketika menjawab pertanyaan Senator Ng Chiang Chin di Dewan Negara, Amiruddin menjelaskan jumlah subsidi petrol bagi RON95 dan diesel yang ditanggung kerajaan bagi tempoh Mei hingga Julai lalu adalah sebanyak RM1.667 bilion. Katanya, pada masa ini kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing pada paras RM2.20 dan RM2.18 seliter walaupun harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi.

Menerusi sistem subsidi bersasar itu, subsidi petrol diberikan pada kadar yang sesuai setiap bulan dan mengikut satu kuota yang ditetapkan kepada golongan kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40). Subsidi ini diberi kepada golongan yang layak untuk kegunaan motosikal 125cc ke bawah dan kereta 1300cc ke bawah.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply