ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hari tanpa kenderaan di Kuantan bermula 16 Mac depan

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bakal mengadakan hari tanpa kenderaan membabitkan tiga jalan utama di daerah Kuantan bermula 16 Mac depan. Setiausahanya, Datuk Hamiza Hamzah berkata, usaha ini adalah inisiatif pihaknya ke arah mempromosikan gaya hidup sihat selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida yang mencemarkan alam sekitar.

Hari tanpa kenderaan akan diadakan pada minggu kedua setiap bulan dengan kerjasama agensi kerajaan lain, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di daerah ini. Beberapa laluan akan ditutup dalam tempoh tiga jam bermula 7.30 hingga 10.30 pagi. Antara jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Tanah Putih, Jalan Mahkota dan Jalan Besar, bermula di Dataran Kuantan berhampiran Ibu Pejabat MPK.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 dikesan sekitar Ampang dan Jalan Kuching

Hamiza berkata demikian pada Majlis Perasmian PolyKK4Kuantan 2019 di perkarangan Politeknik METRO Kuantan, semalam. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohamad Amin Hamat.

Selain itu MPK dalam perancangan untuk menambah lagi kawasan mural yang akan memfokuskan di kawasan zon budaya iaitu kawasan Jalan Mahkota dan Jalan Besar bertemakan tokoh dan pembesar Pahang. Selain menjadi tarikan pelancong, mural ini juga dapat memberi penerangan secara lukisan kepada pelancong yang datang supaya mereka dapat mengetahui keistimewaan Kuantan dan juga negeri Pahang.

JOM BACA >> INTIP: Kelibat unit ujian pertama Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply