Sebuah pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), di Alor Setar petang ini.
Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku ketika pesawat tersebut menjalani latihan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Langkawi pada 20 hingga 24 Mei depan.
Kejadian turut disaksikan orang ramai yang berada di sekitar luar lapangan terbang tersebut untuk menyaksikan sesi latihan.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Video insiden itu yang turut tular memaparkan pesawat mengalami masalah sebelum ‘tersungkur’ di landasan. Sementara itu, Malaysia Airports dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pesawat milik TUDM itu terlibat dalam insiden tersebut kira-kira pukul 5 petang tadi.
“Akibat kejadian itu, landasan ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pemindahan pesawat dan pembersihan dijalankan.
“Penutupan ini dijangka berlanjutan sehingga pukul 10:30 malam pada hari yang sama,” katanya.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Kata kenyataan itu lagi, pihak berkuasa telah mengeluarkan Notis kepada Juruterbang (Notam) untuk memaklumkan mengenai penutupan itu.
“Semua operasi penerbangan di LTSAH terjejas sepanjang tempoh ini,” ujarnya.
Tambahnya, semua penumpang termasuk jemaah haji dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing atau Lembaga Tabung Haji bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual penerbangan.
“Pihak lapangan terbang akan memberikan maklumat lanjut sebaik sahaja landasan disahkan selamat dan dibuka semula oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI