ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai raikan ulang tahun ke-30 Sonata!

Views

SONATA'S 30TH ANNIVERSARY INFOGRAPHIC

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Hyundai meraikan ulang tahun ke-30 model sedan ikoniknya Sonata pada tahun ini. Sonata membuat kemunculan sulung pada tahun 1985 di Korea, memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan reputasi Hyundai. Dengan lebih daripada 7.3 juta unit telah dijual sejak ia diperkenalkan, Sonata telah menjadi sedan keluarga yang “dicintai” oleh pelanggan di seluruh dunia.

Di Amerika Syarikat, Sonata telah diperkenalkan pada tahun 1988 dan telah membantu Hyundai menjadi salah satu jenama pengeluar yang utama. Sejak itu, Hyundai Motor Amerika telah menjual lebih daripada 2.3 juta unit di Amerika Syarikat, termasuk hampir 80,000 model Sonata Hibrid sejak pengenalannya pada 2011.

GENERASI SONATA

Generasi Pertama Sonata (1985)
Generasi pertama Sonata  adalah salah satu model pertama Hyundai yang direka secara eksklusif oleh pasukan reka bentuk dalaman Hyundai. Generasi pertama memulakan legasi Sonata dengan jualan melebihi 1 juta unit di Korea buat pertama kali.

Generasi Sonata Ke-2 (1988)
Tidak seperti model Generasi pertama yang menggunakan pacuan roda belakang, Generasi Ke-2 Sonata menggunakan sistem pacuan roda hadapan untuk meningkatkan kecekapan. Reka bentuknya lebih organik dan aerodinamik. Ia juga merupakan model pertama yang menggunakan logo Hyundai yang baharu.

Generasi Sonata Ke-3 (1993)
Tahun 1990-an adalah permulaan kepada teknologi pecutan digital menggantikan teknologi analog tradisional. Sonata generasi ke-3 memanfaatkan trend semasa tersebut dan menikmati jualan memberangsangkan kerana ciri-cirinya yang canggih, termasuk cermin sisi automatik dan sistem brek anti-kunci (ABS).

Generasi Sonata Ke-4 (1998)

Generasi ke-4 Sonata yang dilancarkan pada tahun 1998, merupakan model yang paling laris di Korea dari Februari 1999 hingga Ogos 2000. Ia telah dijual di Eropah dan dilengkapi dengan enjin yang dibangunkan sendiri oleh Hyundai dan menggunakan teknologi Kawalan Kenderaan Pintar Elektronik (HIVEC) selain mendapat pemarkahan tertinggi dari JD Power Initial Quality Survey di Amerika Syarikat pada 2004

Generasi Sonata Ke-5 (2004)
Generasi ke-5 Sonata telah direka untuk menjadi sedan saiz pertengahan bertaraf dunia. Ia menggunapakai tema reka bentuk Eropah yang lebih premium. Dilengkapi dengan ciri-ciri termaju dan penarafan keselamatan tertinggi, generasi ke-5 mendapat pujian daripada media automotif dan pelanggan seluruh dunia.

Generasi Sonata Ke-6 (2009)
Generasi ke-6 Sonata adalah salah satu model Hyundai pertama untuk menggunakan falsafah reka bentuk “arca bendalir”. Ia telah mencipta sensasi baharu dalam pasaran sedan saiz pertengahan di seluruh dunia dengan mencatat rekod jualan. Selain itu, model Sonata Hibrid mula diperkenalkan secara global pada platform Sonata pada tahun 2010.

Generasi Sonata Ke-7 (2014)
Generasi terkini Sonata mempunyai perincian dan penghalusan yang lebih tinggi untuk keluar dari falsafah “arca bendalir” Hyundai yang digunakan pada model sebelumnya. Di samping itu, Sonata yang serba baharu ditawarkan dengan tambahan enjin yang mesra alam, termasuk Hibrid Sonata pada tahun 2014 selain Sonata Plug-In Hybrid yang diperkenalkan di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara, Detroit pada 2015.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply