smart Malaysia melancarkan kempen ‘Go Green Go smart‘ yang dianjurkan dalam memajukan agenda mobiliti lestari di Malaysia.
Inisiatif ini berperanan untuk memupuk masa depan yang lebih lestari dalam menggalakkan peralihan daripada kenderaan enjin petrol (ICE) kepada kenderaan elektrik (EV).
smart Malaysia memperkenalkan tawaran eksklusif yang memberikan insentif kepada mereka yang ingin beralih ke kenderaan elektrik (EV).
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Pemilik boleh menukar kenderaan enjin petrol sedia ada dengan nilai yang hebat atau berpeluang menikmati percutian mewah 3 hari 2 malam yang berkonsepkan ala ‘glamping‘ untuk empat orang.
Selain itu, pembeli juga akan menerima Pengecas AC smartCharge percuma bernilai RM3,200 lengkap dengan jaminan 2-tahun serta pilihan pembiayaan dengan kadar faedah yang menarik serendah 1.15 peratus.
Selain itu, kempen ini menegaskan komitmen smart Malaysia dalam memperluaskan infrastruktur pengecasan serta meningkatkan pengalaman pemilikan secara menyeluruh.
Melalui insentif Pemilikan Premium ‘All-Inclusive smart‘, smart memastikan setiap langkah perjalanan menuju mobiliti lestari adalah lancar dan bebas dari kebimbangan jarak untuk para pelanggan smart.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Tambahan pula, kempen ‘Go Green Go smart’ menekankan kepentingan penglibatan dan sokongan penuh komuniti sejagat.
Dengan memperkasakan komuniti pemilik EV smart dalam program ini, smart juga berhasrat untuk membina komuniti yang saling berhubung serta bersatu dalam usaha mencapai mobiliti lestari.
Model smart #1 terus mengekalkan kedudukannya dalam pasaran EV SUV premium di Malaysia. Hal ini mencerminkan dedikasi smart dalam kejuruteraan kenderaan elektrik berprestasi tinggi.
smart Malaysia turut menjemput anda untuk memandu uji smart #1 di pengedar sah smart yang terdekat dan sebagai tanda penghargaan, anda boleh menebus baucar kopi dari ZUS Coffee selepas selesai sesi pandu uji.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI