Akaun Facebook rasmi Perodua mengesahkan bakal mempamerkan sebuah model konsep masa depan dan Aruz Lifestyle Edition bersempena Malaysia Autoshow 2024.
Pameran tersebut bakal berlangsung pada minggu depan, bermula dari 22 hingga 26 Mei di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.
Jika dilihat pada grafik poster yang dipaparkan, model konsep masa depan itu kelihatan seperti ‘siluet’ Myvi yang dijana oleh rangkaian kuasa hibrid.
Namun, ia sama sekali berbeza dengan teknologi yang digunakan pada Ativa Hybrid, kerana kelihatan pek baterinya yang lebih besar dan dipasang pada bahagian lantainya.
Ia berkemungkinan ada kaitan dengan teknologi hibrid pada model Toyota Yaris Cross, yang menggunakan enjin empat silinder aspirasi alami (NA) 1.5 liter 2NR-VEX dengan output 90 kuasa kuda dan 121 Nm daya kilas.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Enjin ini dipadankan dengan motor elektrik dengan output 79 kuasa kuda dengan 141 Nm daya kilas. Seperti yang telah kita ketahui, Yaris Cross bakal mempunyai ‘kembar versi Perodua’ yang buat masa ini dikenali dengan namakod D66B.
Namun, menurut ejen perisik Mat Bond, versi hibrid D66B hanya akan ditawarkan sedikit lewat bagi memberi laluan kepada model generasi baharu Myvi (D01D) untuk menggunakannya terlebih dahulu.
Adakah Perodua memberi ‘petunjuk awal’ kewujudan Myvi (D01D) dengan rangkaian kuasa hibrid pada akan datang?
Untuk model Aruz Lifestyle Edition pula, berkemungkinan ia adalah model edisi khas yang dilengkapi dengan aksesori yang ada kaitan dengan gaya hidup.
Model ini juga bukanlah model kemaskini atau facelift Aruz kerana penulis difahamkan yang projek tersebut telah pun ditangguhkan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Mungkin juga Aruz Lifestyle Edition sekadar showcar atau kereta pameran semata-mata bagi memperlihatkan kepelbagaian yang boleh dibuat pada model tersebut.
Bersempena dengan Malaysia Autoshow 2024, Perodua akan menawarkan E-baucar bernilai RM350, rebat tunai bernilai RM2,000, 2 tahun servis percuma jika mendaftar sebuah Aruz dan banyak lagi hanya acara tersebut.
Pembeli model Aruz juga akan diberikan aksesori GearUp secara percuma dan pakej servis percuma selama dua tahun jika membuat urusan tukar beli di tapak acara.
Perodua juga mengadakan cabaran ‘2 Hour Sales Challenge‘ di mana anda boleh menempah, mendaftar dan memandu pulang kereta Perodua baharu setiap hari sepanjang acara tersebut berlangsung.
Untuk melihat dengan lebih dekat kedua-dua model ini, kunjungi reruai Perodua di Hall A, MAEPS, Serdang pada 22 hingga 26 Mei nanti, bermula dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Perodua
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI