ARKIB

KATEGORI

Buletin

GAYA HIDUP : Bola rasmi Piala Dunia 2018 FIFA dilancarkan

Views

Bahang saingan Piala Dunia 2018 FIFA kian terasa! Jumaat lalu, adidas Football telah melancarkan Telstar 18, bola rasmi yang bakal digunakan pada kejohanan Piala Dunia 2018 FIFA di Rusia. Telstar 18 merupakan jelmaan semula kepada bola rasmi keluaran adidas yang pertama untuk Piala Dunia dan nama Telstar mula digunakan di kejohanan yang berlangsung pada tahun 1970 di Mexico.

Nama asal Telstar berasal dari posisinya sebagai ‘bintang di televisyen’. Ia juga merupakan bola yang pertama dihiasi dengan panel hitam, corak yang direka untuk menjadikannya lebih menonjol di kaca televisyen hitam putih pada ketika itu, dan ia sekaligus mengubah rekabentuk bolasepak buat selamanya.

Bola ini juga masih mengekalkan kehebatan Brazuca, bola rasmi pada kejohanan Piala Dunia 2014 FIFA dan adidas turut mencipta teknologi baharu untuk memaksimakan prestasinya. Telstar 18 telah diuji secara meluas bagi memastikan ia menepati kehendak pemain terbaik di dunia. Beberapa pasukan kebangsaan dan kelab terkemuka turut terlibat dalam proses ujian tersebut termasuklah Argentina, Colombia, Mexico, Manchester United, Juventus, Real Madrid dan Ajax.

Reka bentuk panel baharunya menampilkan cetakan metalik dan kesan tekstur grafik, yang direka untuk memberikan prestasi dan ketahanan baik di stadium mahupun di jalanan. Kemampanan telah menjadi tumpuan utama Telstar 18, dengan unsur-unsur termasuk penggunaan bahan kitar semula pada bahan sokongan dan pembungkusan. Telstar 18 turut ditanam dengan cip NFC yang kali pertama digunakan pada bola rasmi, menjadikannya bola paling inovatif dalam sejarah Piala Dunia.

Cip ini membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan bola menggunakan telefon pintar. Semasa berinteraksi, setiap bola menjana pengenalan unik, membuka kunci kandungan dan maklumat eksklusif untuk pengguna. Pengarah Perkakasan Kategori Bola Sepak, Roland Rommler berkata, bola Telstar yang asal merupakan bola yang ikonik sepanjang zaman dan menjadi pengubah rebentuk bolasepak selamanya, jadi pembangunan Telstar 18 yang mengekalkan model asal merupakan cabaran yang paling menarik buat mereka.

Struktur panel baharu dan penanaman cip NFC telah membawa inovasi dan rekaan bola ke suatu tahap yang baharu dan menawarkankan pengalaman baharu sepenuhnya buat pengguna dan pemain. Telstar 18 akan mula dijual di rangkaian gedung adidas global dan menerusi gedung dalam talian adidas di www.adidas.com/football/. Untuk maklumat lanjut layarai laman sesawang adidas.com/football atau ikut @adidasfootball di Instagram atau Twitter.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply