ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua

Info

Views

Malaysia Autoshow 2025 (MAS2025) menyaksikan Perodua mempamerkan prototaip akhir dalam versi separuh potongan, model kenderaan elektrik (EV) pertamanya.

Sebenarnya Perodua ‘sangat berahsia’ mengenainya, namun ada beberapa informasi penting yang anda perlu tahu berkenaan model EV tersebut.

Reka bentuk

Menurut Perodua, model EV pertamanya ini adalah sebuah fastback crossover. Ia menampilkan elemen rekaan yang dipengaruhi oleh beberapa model seperti Toyota C-HR, Alfa Romeo Junior EV dan KIA EV6.

Antaranya perincian rekaan yang dapat dilihat adalah pemegang pintu tersembunyi pada pintu hadapan, manakala pemegang pintu belakang diletakkan pada bucu atas tingkap belakang.

Lampu siang (DRL) yang melintang dan bersambung dipisahkan dengan lampu utama LED yang berada pada bahagian bampar. Lampu belakangnya juga menggunakan LED dan juga disambungkan dengan jejalur LED.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat

Pelantar, bateri

Perodua setakat ini masih belum mendedahkan sumber asal pelantar EV pertamanya, manakala pek bateri litium besi fosfat (LFP)nya akan dibekalkan oleh Contemporary Amperex Technology Co., Ltd. (CATL).

Ia menggunakan bateri lithium iron phosphate (LFP) dengan jarak pandu sekitar 400 km hingga 410 km untuk sekali cas.

Fastback crossover EV ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j pula antara 6 dan 7 saat, dengan kelajuan maksimum mencecah 165 km/j.

Pajakan bateri

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, EV pertama syarikat tersebut akan dijual pada harga bermula dari RM80,000, namun tidak termasuk bateri.

Bateri EV tersebut akan menggunakan konsep pajakan iaitu Battery-as-a-Service (BaaS), yang pertama seumpanya ditawarkan di negara ini.

Walaubagaimanapun, Perodua turut menawarkan pilihan untuk pembelian EV ini bersama dengan bateri.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Pelancaran

Perodua menyasarkan EV pertama mereka dilancarkan pada suku keempat (Q4) 2025. Ia akan dihasilkan di kilang baharu yang khusus untuk EV di Rawang. dengan kapasiti permulaan sebanyak 500 unit sebulan.

Fasa pra pengeluaran EV ini dijangka bermula pada September dan kami menjangkakan ia bakal dilancarkan seawal bulan Oktober atau selewat-lewatnya Disember 2025.

Nama

Perodua telah pun mendaftarkan tanda dagang untuk tiga nama iaitu QvePacer dan Ace sejak 26 Jun 2024 di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Tanda dagang nama-nama tersebut pula diletakkan di bawah dua kategori yang berbeza, iaitu:

  • Kelas 12 di bawah kategori kereta, automobil, motokar, transmisi, jenis penyambung pengecasan kenderaan elektrik, bateri kenderaan elektrik, motor elektrik untuk kenderaan elektrik dan lain-lain
  • Kelas 37 di bawah kategori stesen servis kenderaan, perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan, stesen mengecas kenderaan elektrik, pengecas rumah kenderaan elektrik, pengecas mudah alih kenderaan elektrik dan lain-lain.

Anda boleh melihat gambaran awal model ini yang dihasilkan oleh sahabat kami pemanipulasi digital tersohor,  Theottle.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply