ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ingkar arahan kuarantin – Pelajar dikompaun RM5K

Berita Tempatan

Views

Remaja lelaki dikenakan kompaun RM5,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain ingkar arahan kuarantin di rumah.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden AA Anbalagan berkata, tindakan remaja terbabit dikesan ketika Op Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) berhampiran Jalan Permatang Damar Laut, di Bayan Lepas, hari ini.

Turut ditemukan ialah gelang merah jambu yang dipotong dan disimpan dalam beg sandang remaja berusia 16 tahun berkenaan. Katanya, pada 2.53 pagi, remaja terbabit dilihat menunggang motosikal sebelum ditahan anggota polis yang bertugas.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Katanya, remaja yang juga seorang pelajar itu mendakwa baru pulang dari rumah rakannya dan mahu ke rumah rakan yang lain. Kompaun sebanyak RM5,000 dikeluarkan kepada remaja terbabit berikutan kesalahannya.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana ingkar arahan pengasingan (kuarantin) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply