Anda pemilik Perodua Axia, Bezza atau Myvi? Pernah dengar tentang Battle of the Kings daripada PolicyStreet? Jangan skip artikel ni! Ini peluang terbaik untuk anda dapatkan cukai jalan PERCUMA. Ya, anda tak salah baca — PERCUMA!
Nak tahu macam mana? Teruskan membaca!
Cukai Jalan PERCUMA untuk Semua Peserta!
Bermula 14 April hingga 30 Jun, PolicyStreet mengadakan kempen Battle of the Kings! Semasa kempen ini, pemilik Perodua Axia, Bezza, dan Myvi yang memperbaharui insurans dan mendaftar sebagai ahli Drive+ boleh menikmati cukai jalan PERCUMA!
Tak perlu menang apa-apa — hanya perlu perbaharui insurans melalui PolicyStreet, dan terus layak untuk menikmati cukai jalan percuma. Mudah kan?
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Manfaat Eksklusif Keahlian Drive+
Dengan keahlian Drive+, anda akan menikmati pelbagai manfaat eksklusif seperti:
✔️ Cukai jalan PERCUMA untuk Myvi, Bezza, dan Axia (hingga 30 Jun sahaja)
✔️ Diskaun 80% untuk cukai jalan model kereta lain (sehingga RM72)
✔️ Pelan ansuran 0% faedah untuk bayaran insurans kereta
✔️ Jimat RM15 untuk caj pengendalian cukai jalan
✔️ Diskaun RM20 untuk pembaharuan insurans akan datang
✔️ Khidmat pelanggan eksklusif
✔️ Bantuan tuntutan insurans secara peribadi
Kesemua manfaat ini bernilai lebih daripada RM100! Rugi betul kalau tak rebut peluang ni.
‘Jualan Kilat Khas’ untuk Model Kereta yang Menang!
Setiap kali anda memperbaharui insurans dengan keahlian Drive+, anda akan menyumbang 1 mata untuk model kereta anda (sama ada Axia, Bezza atau Myvi). Model yang berjaya mengumpul mata terbanyak menjelang akhir kempen akan dinobatkan sebagai King of Savings!
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Kalau model kereta anda menang, semua pemilik model tersebut akan layak untuk jualan kilat (flash sale) eksklusif! Ini bermakna lebih ramai pemilik akan berpeluang dapatkan cukai jalan secara percuma.
Nak tahu model mana yang sedang mendahului carta? Mudah je! Papan pendahulu (leaderboard) akan dikemas kini setiap bulan di media sosial rasmi PolicyStreet. Jadi, cepat ajak ‘geng-geng’ kereta anda untuk sama-sama kumpul mata!
Jangan biarkan geng kereta anda ketinggalan! Ajak semua pemilik Axia, Bezza, dan Myvi untuk sertai dan buktikan model anda paling ‘power‘ dalam bab penjimatan. Sertai Battle of the Kings dan perbaharui insurans anda di car.policystreet.com!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi PolicyStreet atau ikuti saluran media sosial rasmi PolicyStreet di Facebook, Instagram dan TikTok.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026a
KOMEN TERKINI