Biasanya kami dapat satu ‘foto intipan’ dalam satu masa, tapi untuk hari ini kami telah memperolehi dua foto intipan, bakal dua model baharu Proton yang berbeza. Yang pertama, sebuah unit ujian Geely Boyue pemanduan sebelah kanan atau nama rasminya di Malaysia nanti Proton X70 telah berjaya dikesan oleh rakan pembaca, Rahman Sallehin dalam kawasan KLCC berhadapan dengan Hotel Mandarin Oriental.
Unit ujian ini masih lagi ‘segan’ untuk muncul dikhalayak ramai tanpa mod penyamaran dan ia masih sarat dengan celoreng tersebut. Kami tidak pasti apakah yang sedang diuji oleh model tersebut. Ada kemungkinan ia sedang menguji keberkesanan sistem ADAS dan lain-lain dalam keadaan trafik yang agak tinggi. Khabar angin bertiup kencang mengatakan X70 bakal dilancarkan secara rasmi pada 12.12.2018, namun setakat ini belum ada pengesahan dibuat oleh pihak Proton.
JOM BACA >> INTIP : Penampakan ‘wajah baharu’ Proton Iriz MC2 yang lebih jelas
Foto intipan kedua pula, Proton Iriz MC2 juga dikesan sekitar bandar raya Kuala Lumpur dan kali ini unit tersebut muncul dengan warna Carnelian Brown berbumbung hitam. Foto ini kami perolehi dari group WhatsApp, namun pemilik asal foto tersebut tidak dapat dipastikan. Jika diperhatikan di bahagian pintu but belakang yang masih sarat dengan tampalan celoreng penyamaran kelihatan ada satu jalur berwarna hitam.
Boleh jadi ia sekadar untuk mengelirukan pandangan umum atau mungkin juga ada sedikit perubahan di bahagian tersebut. Buat masa ini masih belum ada maklumat lanjut mengenainya, dan kami difahamkan ia hanya akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan. Bukan sekadar perubahan kosmetik, ia turut mendapat peningkatan dari segi penghalusan dan bakal mendapat unit audio yang baharu namun masih mengekalkan enjin serta transmisinya.
JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?
KLIK UNTUK BESARKAN
Geely boyue pemanduan sebelah kanan? Tiada istilah geely boyue lagi. Ianya sudah menjadi Proton X70.
Aku rasa la proton sepatutnya buat modify kat bumber belakang kete iriz tu..saya mmg drive iriz dari dlu lagi…malu tgk bumber belakang macam budak pakai pampers jer rasenya..minta perhatian pada designer proton yer..ubah lah utk kebaikan…sakit benor mata memandang..lgi satu pasal iriz…minyak menkedarah
proton buat kereta tak buat kajian awam..dia tgk myvi laku dia pun design ala ala myvi..mujur skrg duk ngan geely, kalau sorang2 lagi sah iriz baru nanti pun ala ala myvi skrg.
baru 2 thn lps org kuat proton kate pasaran suv x besar kt malaysia. kajian dari mane xtau la.