ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Honda Fit/Jazz generasi baharu sedang diuji

Foto Intipan

Views

Paparazzi laman sesawang Motor1.com telah berjaya mengesan kelibat sebuah model ujian berceloreng yang dikatakan Honda Fit/Jazz generasi baharu. Model hatchback kompak itu menampilkan rekaan serba baharu dengan gaya rekaan yang lebih mantap berbanding model sedia ada.

Menerusi foto-foto intipan ini, kita boleh melihat sedikit imbasan bentuk lampu depan, jeriji utama dan lampu belakang Fit/Jazz baharu yang gaya rekaannya banyak dipengaruhi oleh beberapa model terkini Honda seperti CR-V, Civic dan Accord.

JOM BACA >> Vector bukan ‘kereta terbang’ – Aerodyne Group

Desas-desus dari Jepun mengatakan model Fit/Jazz akan tiba di negara tersebut pada musim luruh tahun ini. Ia dikatakan akan dikuasakan oleh enjin tiga-silinder turbo 1.0-liter yang menjana 125 kuasa kuda. Selain itu penjana kuasa dengan dua motor hibrid akan turut ditawarkan.

Setakat ini masih belum ada maklumat sama ada Honda akan mengeluarkan versi elektrik (EV) untuk model tersebut. Sekiranya Fit/Jazz versi EV dihasilkan, ia mungkin berada pada posisi lebih tinggi dari model Honda E memandangkan kedua-duanya dalam segmen yang sama. Honda E menampilkan rekaan unik berkonsepkan retro moden dan ia dikatakan mempunyai jarak pemanduan melebihi 200 kilometer.

JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Motor1.com

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply