ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely bakal ambil alih 50 peratus kepentingan Smart?

Berita Global

Views

Banyak betul duit Geely. Desas-desus kini semakin hangat mengatakan Daimler bakal menjual pegangan mereka dalam jenama Smart dan dikatakan Geely disebut-sebut sebagai pembeli yang berminat. Menurut laporan Financial Times, Daimler mungkin menjual 50 peratus kepentingannya kepada Geely.

Buat masa ini belum ada pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut, tetapi sumber dalaman memaklumkan, ia bakal diumumkan sebelum Shanghai Auto Show membuka tirai pada bulan depan. Geely tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, namun Daimler berkata mereka telah berunding dengan “beberapa rakan kongsi” mengenai model generasi baharu kenderaan Smart.

JOM BACA >> Vector bukan ‘kereta terbang’ – Aerodyne Group

Selain Geely, Daimler turut mengadakan rundingan dengan sebuah lagi syarikat dari China, iaitu BAIC. Kerjasama ini dijangka membantu Smart untuk kembali mencatatkan keuntungan kerana jenama tersebut tidak pernah mencapai sasaran jualan global sebanyak 200,000 unit setahun. Jualan model ForTwo di Amerika Syarikat pula adalah sebanyak 1,276 unit pada tahun lalu.

Evercore ISI melaporkan, Smart telah mengalami kerugian antara $565 – $792 juta (RM2.03 – RM3.2 bilion) setiap tahun. Situasi untuk memulihkan Smart sememangnya sangat mencabar, tetapi bos baharu mereka Katrin Adt dikatakan mempunyai perancangan besar.

Beliau kini sedang mengintai peluang untuk memperkenalkan model elektrik sepenuhnya dan dengan penglibatan Geely, ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana China merupakan pasaran terbesar untuk kenderaan elektrik.

Nampaknya Proton bakal mempunyai ahli keluarga baharu tidak lama lagi. Kalau Proton dengan Smart buat kereta elektrik mikro untuk pasaran Asia Tenggara menarik juga kan?

JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply