ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Kelibat Nissan Grand Livina 2019 dikesan

Foto Intipan

Views

Akhirnya muncul juga kelibat kembar kepada Mitsubishi Xpander iaitu Nissan Grand Livina generasi baharu yang sedang menjalani ujian di Indonesia. Dua foto ini telah dimuatnaik ke laman Instagram individu yang bernama Indra Fathan. Sebuah unit ujian Grand Livina baharu berwarna jingga metalik tersebut telah dikesan dengan hanya ditutup pada bahagian jeriji hadapan.

Secara kasar, perubahan ketara dapat dilihat pada jeriji dan bampar hadapan yang membawa identiti rekaan Nissan dan di belakang bentuk lampu masih sama namun ia digelapkan sedikit dengan tambahan kemasan plastik hitam berkilat pada pintu but belakang yang bersambung dengan lampu.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Bampar belakangnya juga sedikit berbeza dan dihiasi dengan sedikit kemasan krom di bahagian diffuser. Skirting sisi Grand Livina generasi baharu turut diselitkan dengan kemasan krom. Rekaan rimnya juga berbeza dengan Mitsubishi Xpander dan pada kami rekaannya nampak jauh lebih menarik dan sporty.

Setakat ini belum ada maklumat mengenai bilakah model ini akan dilancarkan di Indonesia, namun kami menjangkakan ia bakal diperkenalkan pada tahun ini juga. Ada kemungkinan ia akan mendarat di Malaysia, namun bukanlah dalam masa yang terdekat kerana kembarnya Mitsubishi Xpander masih lagi belum dilancarkan lagi.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply