ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih 100,000 unit Perodua Myvi generasi ketiga telah diserahkan kepada pemiliknya

Berita Tempatan

Views

Memang tidak dapat disangkal lagi, Perodua Myvi sememangnya lagenda ikon permotoran negara sepanjang zaman! Perodua sekali lagi mencatat sejarah lagi dengan lebih 100,000 unit Myvi generasi ketiga sedang megah meluncur di jalan raya. setakat hari ini.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin telah mengumumkan berita gembira tersebut dan berkata sejak pelancarannya pada November 2017, lebih daripada100,000 unit telah diserahkan kepada pelanggannya, iaitu dengan purata lebih daripada 1,560 unit seminggu.

Beliau menambah bahawa maklum balas daripada para pelanggan amat positif secara keseluruhan, dan ciri-ciri Myvi yang paling disukai mereka termasuk reka bentuk yang bergaya, praktikaliti, mudah dipandu, kos pemilikan dan penyelenggaraan yang rendah, ruang yang luas walaupun saiznya kompak, serta ciri-ciri canggih yang biasanya hanya terdapat pada kenderaan mewah.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Myvi merupakan model yang paling berjaya dalam sejarah Perodua. Generasi pertamanya telah diperkenalkan pada tahun 2005 ke pasaran Malaysia yang pada ketika itu didominasi oleh kenderaan sedan. Menjelang 2013, ia telah mengatasi jualan keseluruhan kenderaan Kancil (708,000unit dari 1994 hingga 2009) dan setakat ini, Perodua telah menjual hampir 1.1 juta unit Myvi secara keseluruhan.

Tempahan untuk Myvi generasi ketiga kini telah mencecah 150,000 unit dan Perodua akan terus bekerja keras untuk memenuhi pesanan itu dalam tempoh masa yang sewajarnya. Perodua mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana memilih Myvi. Ini sekaligus memberi galakan dan motivasi untuk terus melakukan penambah baikan supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada semua.

Perodua juga tidak pernah melupakan keutamaannya sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan insan (People First). Tirai 2018 ditutup dengan rekod jualan sebanyak 227,243 unit kenderaan, menjadikannya syarikat pengeluar kenderaan terkemuka Malaysia selama 13 tahun berturut-turut. Sejak tahun 1994, Perodua telah berjaya menjual hampir 3.5 juta kenderaan.

Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada Perodua!

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply