ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Foto Intipan

Views

Rakan pembaca kami yang paling aktif memberi maklumat setakat ini, Mike Maximiliano baharu saja terserempak dengan kelibat dua unit X70 dengan plet yang biasa digunakan oleh unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton di sekitar Genting Highlands sebentar tadi. Kedua-dua unit X70 itu langsung tidak mengenakan sebarang celoreng penyamaran, mungkin untuk mengelirukan orang ramai.

JOM BACA >> INTIP : Papan pemuka Proton Iriz MC2 berjaya dirakam

Namun bagi mereka yang peka, ia sudah pasti sesuatu yang agak mencurigakan kerana model ini telah pun dilancarkan secara rasmi tahun lepas. Besar kemungkinan, unit ujian ini sedang menguji kombinasi enjin 1.5 liter TGDi dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT yang mungkin ditawarkan sebagai salah satu varian tambahan untuk versi pemasangan tempatan (CKD) tahun ini.

Dalam artikel terdahulu kami pernah menyiarkan foto unit ujian X70 yang memperlihatkan kelainan pada tombol gearnya yang menggunakan komponen sama dengan model Bin Yue (SX11).  Jadi pada pendapat kami unit yang ditemui di Genting Highlands hari ini ada kemungkinan menguji kombinasi enjin dan transmisi yang sama, betul tak? Selamat ‘membawang’!

JOM BACA >> PANAS : Ruang dalaman Proton Iriz MC2 diperlihatkan semasa sesi pandu uji Tun Dr Mahathir

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply