ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : MPV Geely VF11 dikesan tanpa sebarang penyamaran, bayangan pengganti Exora makin terserlah

Views

Berita ini pasti akan membuatkan peminat Proton yang ternanti-nanti model gantian Exora tersenyum gembira. Kenapa kami cakap begitu? Sebab Proton dah lama sangat tak mengganti Exora yang semakin meniti usia senja. Laman sesawang autohome.com.cn telah memuatnaik beberapa foto intipan model MPV Geely (nama kod VF11) tanpa sebarang penyamaran dan ini secara tidak langsung memberi bayangan kepada pengganti Exora.

Geely VF11 sebenarnya adalah versi pengeluaran model konsep Geely MPV Concept yang telah dipertontonkan di Auto Shanghai 2017 dan bakal menjadi pengganti kepada Emgrand EV8. Dalam artikel terdahulu kami telah membuat spekulasi mengenai perancangan masa hadapan Proton dan model MPV adalah salah satu daripada model yang bakal dikeluarkan oleh Proton menjelang tahun 2020.

BACA >> RISIK : Perancangan masa depan Proton sehingga 2020

MPV Geely VF11 ini bakal ditawarkan dalam dua pilihan enjin, 1.8 liter Turbo dan 2.0 N/A yang menggunakan teknologi Geely G-Power. Ia akan memasuki pasaran China seawal 2018. Jika dilihat daripada foto-foto ini, Geely VF11 mempunyai konfigurasi 7 tempat duduk. Rekaan luarannya tidak jauh berbeza dengan model konsep dan pada kami versi sebenar lebih menarik, terutama di bahagian lampu depan yang nampak lebih moden.

Secara keseluruhan Geely masih mengekalkan hampir 90 peratus rekaan luaran model Geely MPV Concept termasuk gaya ‘bumbung terapung’.  Rekaan dalamannya juga nampak kemas, ringkas dan teratur dengan permainan dua tona warna, hitam dan beige serta diselitkan dengan kemasan krom pada bahagian tertentu bagi menyerlahkan kemewahan. Tempat duduknya pula dibaluti kulit dengan kemasan warna hitam yang nampak lebih premium.

Ada yang tak sabar nak menanti model ini menjadi penggnti Exora ke? Kena tunggu dulu la untuk setahun dua lagi sebab ia masih belum dilancarkan di negara asalnya, takkan nak langkah bendul bagi kat Proton dulu kan? Oh, sebelum terlupa, kami memohon maaf kerana artikel mengenai penamaan SUV pertama Proton terpaksa ditarik balik atas sebab-sebab yang tak dapat kami elakkan. Nantikan perkembangan selanjutnya!

BACA >> INTIP : Geely uji prototaip MPV, mungkinkah ini bakal pengganti Exora?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments


  • Tahun 2019 akan menjadi tahun yang sibuk bagi Proton..! Pelancaran SUV segment-B(vitara) dan segment-C(boyue), exora generasi ke-2, memasuki pasaran Asia tenggara kecuali Philippines pemanduan sebelah kiri.. Kemungkinan besar SUV segment-C(boyue) dilancarkan lebih awal pada akhir 2018 bagi mengelakkan kecelaruan.. Saga FL pula pula pada jun/julai 2018 sedikit naik taraf atau minor FL..


  • Setelah macam2 kutukan kepada perodua

    setelah perodua cuba keluar dr persepsi tukang rebadge,tukang tukar bumper

    setelah perodua mula merekabentuk sendiri kereta

    Proton kembali me rebadge kan kereta lain

    Bukan setakat mengundur, ini dipanggil terjunan ke belakang

    Syabas proton
    syabas azlano

    K.bye


    • Dalam dunia automotif sebenarnya, rebadging adalah perkara biasa..

      ..tapi bila berlaku pada Proton, ia akan sentiasa di katakan sebagai mengundur.

      Tapi pandangan saya, bukan undur yang jadi isu.
      Isunya setelah puas dikutuk si Perodua sebagai tukang rebadge, Proton pulak buat benda yang sama.
      Ia seperti ludah jilat balik.

      Kesimpulannya,
      jangan meludah sesuka hati dan merata rata.

      Tapi apa pun, biarkan yang berlalu itu berlalu
      dan teruskan perjuangan dan sentiasa fokus pada nilai positif.

      Jangan risau.
      Esok masih ada.


      • Strategy pengurusan baru yang diketuai oleh ketua pegawai executive baru Li Chunrong (CEO) dan Naib Presiden Pembuatan, Yoshiya Inamori..

        Dalam masa 5 tahun akan datang Proton akan lebih berdaya saing diperingkat Asia tenggara.. Target pasaran Proton adalah Asia tenggara..


  • MPV Geely VF11 boleh diinspirasikan utk Proton Exora 2nd generation, tp platform Exora mesti diubahsuai sedikit untuk merealisasikannya sambil mengekalkan konsep buatan tempatan sepenuhnya (tak perlu gunakan platform Geely).


  • Saya x kisah kalau proton nak pakai enjin platform geely ka apa ka tapi make sure design 100% adalah dari proton bukan simply rebadge pastu tempel logo kat model rebadge.. Perodua pon dah mula berhijrah design myvi sendiri x kan proton x boleh kot??

Leave a Reply