Kami menerima beberapa foto trak pikap Nissan Navara NP300 yang telah diubahsuai kepada tujuh tempat duduk. Ia bukan Nissan Terra kerana bentuknya dari tiang-B ke belakang amat berbeza dengan SUV yang turut berkongsi pelantar sama itu. Foto-foto yang dimuat naik oleh Belang Tarung ke laman pemilik Nissan Navara NP300 Malaysia ini turut mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya.
JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift
Kami difahamkan Navara NP300 versi tujuh tempat duduk ini dibina khas untuk kegunaan oleh Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM). Menurut laporan satu portal berita, sebanyak 24 unit kenderaan ini akan digunakan untuk membantu agensi tersebut membuat rondaan di sempadan Malaysia dan Thailand. Setakat ini kenderaan tersebut tidak dijual kepada umum.
JOM BACA >> KLIMS18 : Intai-intai bakal SUV Perodua (D38L)
KLIK UNTUK BESARKAN
Wouldn’t it be more affordable to just import the Terra opposed to do this conversion?
Lol custom build jadi 7 seater buat apa? Fortuner ada, Mu7 ada, Everest ada. Patrol ada. Border Patrol kut. Buat all out 4wd conversion lah with survival kit and mountain rescue kit. Make more sense.