ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Perodua Aruz terdedah semasa tiba di bilik pameran

Views
PERODUA ARUZ UNCOVER | Ketibaan Di Cawangan Perodua

Tinggal sehari sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi Perodua Aruz, laman YouTube milik Thakib Muhaimin telah mendedahkan keseluruhan rupa SUV tersebut. Ia berjaya dikesan semasa sedang turun dari treler pengangkut di hadapan sebuah pusat jualan Perodua di Terengganu. Video berdurasi 3 minit 51 saat itu telah dimuat naik semalam.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Aruz bocor – Bakal dilancarkan 15 Januari ini?

Terdapat 3 unit berwarna Amazon Green, Electric Blue dan Glittering Silver setiap satu telah dihantar ke bilik pameran tersebut dan salah satunya adalah unit pandu uji (Amazon Green) yang mempunyai pelekat pada badannya. Boleh dikatakan kini semua bilik pameran Perodua bersiap sedia menanti detik pelancarannya malam esok.

Kami akan membawakan liputan dan maklumat terkini mengenai pelancaran Perodua Aruz esok, nantikan!

i

JOM BACA >> INTIP : Lynk & Co 01 dikesan – Adakah ini ‘keldai ujian’ Proton X50?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply