ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton Iriz bakal ‘berwajah baharu’?

Views

Ini foto intipan yang terkini kami perolehi dari laman group Proton Iriz VVT Community (Malaysia), yang telah dimuatnaik sebentar tadi oleh salah seorang ahlinya, Fook Keong Chu. Kelibat sebuah Proton Iriz berwarna merah berbumbung hitam dengan celoreng penyamaran di bahagian bampar depan dan belakang berjaya dikesan berhampiran Stesen LRT Alam Sutera. Agak malang sedikit kerana hanya foto bahagian belakangnya sahaja yang sempat dirakam.

Menurut Fook Keong Chu, Iriz yang sedang menjalani ujian dengan menggunakan plet perdagangan itu telah mengalami perubahan rekabentuk di bahagian bampar depan dan belakang walaupun ia ditutup untuk mengaburi pandangan orang ramai. Tambah Fook lagi, lampu hadapannya juga masih sama seperti model semasa begitu juga lampu belakang (seperti di dalam gambar).

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

Kelihatan juga pada pintu but belakang, ada tampalan pelekat berwarna hitam untuk melindungi sesuatu. Kami syak ada kemasan tambahan di bahagian tersebut (mungkin seperti Perodua Alza facelift) dan di situ mungkin akan tertera perkataan Proton sahaja seperti model SUV, X70. Sebenarnya kemunculan foto intipan ini agak mengejutkan kerana kami tidak mendapat info langsung mengenai kehadiran model Iriz facelift ini.

Sudah sampai masanya Iriz tampil dengan ‘wajah baharu’ yang lebih segar memandangkan ia masih belum diusik sejak mula dilancarkan pada 2014 dan telah mengalami proses ‘naik taraf’ tanpa sebarang perubahan kosmetik pada 2017. Dengan kemunculan unit ujian Iriz facelift ini kami akan menyeru perisik terkenal kami Mat Bond untuk turun ke medan perang dengan segera.

Kami akan cuba mendapatkan info lanjut mengenai model ini dan akan mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa. Tunggu!

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply