ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton Iriz MC2 berjaya dikesan di dua lokasi berbeza

Views

Gigih betul Proton menguji model terbaharu mereka yang akan dilancarkan awal tahun depan, Iriz MC2 yang berjaya dikesan oleh dua rakan pembaca kami, Mascob dan Aizat Aminuldin semalam. Foto intipan pertama berjaya dirakam oleh saudara Mascob di lebuh raya Utara Selatan, Ayer Hitam, Johor menghala ke Kuala Lumpur.

Kelihatan dua unit ujian Iriz MC2 berwarna hitam dan Carnelian Brown sedang diuji dan kedua-duanya juga masih dalam mod penyamaran. Jika anda perasan, spoiler belakang unit ujian Iriz MC2 berwarna hitam kelihatan lebih cerah, nampak ketara perbezaan warnanya dengan badan kereta tersebut. Lampu belakang juga ditutup, namun jika dilihat secara teliti ia masih lagi sama seperti model semasa.

JOM BACA >> Pengeluaran Ertiga bakal tamat – Hampir capai jumlah yang ditetapkan oleh Suzuki Motor Corporation

Foto intipan kedua pula berjaya dirakam oleh saudara Aizat Aminuldin di lebuh raya ELITE pada sebelah malamnya. Kelibat Iriz MC2 berwarna hitam bersama sebuah X70 berjaya dikesan namun hanya foto Iriz MC2 yang sempat dirakam. X70 pula memecut laju di hadapan dan kami agak curiga mengapa Proton masih menguji model ini sedangkan ia telah dilancarkan baru-baru ini.

Ada kemungkinan Proton sedang mengumpul data yang masih lagi diperlukan dan mungkin juga X70 ini sedang menguji enjin lain untuk versi CKDnya nanti. Kami difahamkan X70 versi CKD nanti bakal mempunyai 1 lagi pilihan enjin 1.5 liter TGDI yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan Dwi-Klac (DCT).

Pengeluaran secara tempatan (CKD) model X70 akan dibuat di kilang serba baharu bersebelahan kilang sedia ada di Tanjung Malim dan ia bakal bermula pada bulan Jun atau Julai tahun hadapan. Nantikan info selanjutnya!

JOM BACA >> INTIP : Tun Dr. Mahathir naik Geely Bo Rui ziarah jenazah Tan Sri Zainuddin Maidin – Bayangan model pengganti Perdana?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply