ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton Iriz MC2 dengan warna putih baharu

Views

Selalunya kami perolehi foto intipan Proton Iriz MC2 warna merah sampai korang pun naik jemu kot. Kali ini rakan pembaca kami Muhammad Nabil telah berjaya mengesan unit ujian Iriz MC2 berwarna putih yang masih sarat celoreng penyamaran di lebuh raya PLUS semasa dalam perjalanan ke Dengkil.

Apa yang menarik perhatian kami adalah warna putih pada model ujian tersebut lain jika dibandingkan dengan warna putih kereta Proton sebelum ini. Ia nampak lagi terang dan lebih menyerlah keputihannya, dah macam iklah sabun basuh baju pulak. Kami agak ia menggunakan warna putih Snow White yang sama dengan X70.

JOM BACA >> INTIP: Stok Proton X70 mula tiba, Iriz MC2 ronda-ronda dekat McD

Satu lagi perkara yang menarik perhatian kami adalah ketiadaan spoiler belakang pada model tersebut dan nombor pletnya pula ditampal pada bahagian pintu but belakang, bukan pada bampar seperti sebelumnya. Namun antena sirip jerung masih kukuh terpacak di atas bumbungnya. Kami syak ini mungkin varian asas atau eksekutif 1.3 liter.

Lampu belakang model ini juga ditutup penuh dengan hanya dilubangkan pada tiga tempat bagi membolehkan pengguna jalan raya nampak cahaya lampu brek, lampu undur dan juga signal. Bentuk bampar belakang masih sama dengan model yang pernah ditemui sebelum ini walaupun ia ditutup penuh. Setakat ini kami masih menunggu info-info terkini mengenainya dan jika ada kami akan kongsikannya dari semasa ke semasa. Nantikan!

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 sah pakai antena sirip jerung

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • So now proton is courteous to include rear wiper for standard spec, not a bad move considering the current variant doesn’t have wiper on standard spec.
    I would presume the auto headlamp and auto flip side mirror will also come back to premium spec, just like proton persona

Leave a Reply