ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton Iriz MC2 semakin rancak diuji

Views

Sekali lagi kelibat Proton Iriz MC2 (Minor Change 2) yang sarat mod penyamaran dikesan sekitar Wangsa Maju oleh pembaca kami, Muhammad Kamarul. Foto itu dikongsi di ruangan komen Facebook rasmi kami petang tadi. Agak malang foto di bahagian depan tidak berjaya dirakam kerana unit ujian ini terus memecut laju ke hadapan.

Menurut maklumat yang kami terima, Iriz MC2 bakal diperkenalkan pada awal tahun hadapan. Model ini bakal menerima perubahan kosmetik dan turut dipertingkatkan dari segi penghalusan (refinement). Ini bermakna model Iriz MC2 akan lebih baik dari versi yang dipertingkatkan sebelumnya. Model ini juga akan menerima beberapa perubahan lain termasuk pada sistem didik hibur (infotainment) yang lebih canggih.

JOM BACA >> Sistem GKUI Proton X70 – Aplikasi yang membolehkan pengguna berhubung dengan kereta menerusi telefon bimbit

Selain Iriz MC2, sebuah lagi model sedan yang dibangunkan dari pelantar model ini turut mendapat sentuhan kosmetik yang hampir sama (anda tahu kan model apa?) dan berkemungkinan kedua-duanya bakal diperkenalkan seretak. Kami menjangkakan Iriz MC2 akan membuat kemunculan awal di Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, yang akan diadakan dari 23 November hingga 2 Disember 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Pakar manipulasi foto, The Ajerul juga telah membuat gambaran awal secara digital model tersebut berdasarkan pemerhatiannya pada beberapa foto intipan sebelum ini (Lihat foto di bawah). Amacam, menarik tak?

Gambaran digital Proton Iriz MC2 dari The Ajerul.

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply