ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sistem GKUI Proton X70 – Aplikasi yang membolehkan pengguna berhubung dengan kereta menerusi telefon bimbit

Views
Proton X70. Istimewa sangat ke sistem arahan suara (voice command) ni?

Selepas hampir lebih sebulan mempamerkan SUV baharu mereka kepada para media di Malaysia dalam sesi pratonton statik, Proton berkongsi lebih banyak maklumat tentang X70 untuk sesi pratonton kedua. Kali ini Proton akan mendedahkan secara eksklusif Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI), yang menawarkan pelbagai fungsi pengguna melalui aplikasi serta pilihan untuk kekal berhubung dengan kereta melalui telefon bimbit mereka. Acara yang berlangsung pagi tadi dihadiri oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, dan barisan pengurusan kanan Proton.

Apa itu Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI)?

  • Kad eSIM, GKUI yang terdapat pada Proton X70 itu telah dimuatkan dengan lima aplikasi yang menawarkan perkhidmatan seperti radio dan muzik dalam talian, navigasi, ramalan cuaca dan pengecaman suara.
  • Akses kepada aplikasi dan fungsi-fungsi yang lain adalah melalui skrin sentuh antara muka berasaskan Android bersaiz 8 inci dengan paparan warna penuh 1280 x 720 yang dilengkapi ruang memori dalaman 16GB.
  • Sistem ini juga mempunyai sambungan Wi-Fi agar X70 tersebut boleh digunakan sebagai hotspot mudah alih.

Untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan sambungan tersebut, pengguna boleh memadankan kereta mereka dengan telefon bimbit peribadi melalui Proton Link dengan menggunakan identiti individu yang diberikan kepada setiap pembeli. Mereka kemudiannya boleh membina profil daripada papan telematik yang boleh merakam data seperti jarak perjalanan, penggunaan bahan api, tempoh perjalanan serta maklumat servis berkala kereta pengguna.

Terdapat juga fungsi ‘cari kereta saya’ yang akan berfungsi terutamanya pengguna meletakkan kereta mereka di kompleks tempat letak kereta yang besar. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata istem GKUI yang terdapat pada Proton X70 membolehkan pemiliknya sentiasa berhubung dengan kereta mereka. Ia adalah sistem dua hala aktif yang menawarkan beberapa pilihan yang sesuai dengan kemudahan pemilik individu. Kelak, ia berupaya untuk memuat turun aplikasi tambahan sama seperti telefon bimbit.

Oleh kerana model ini menggunakan sistem pengendalian Android, GKUI menawarkan pengguna telefon bimbit dengan kemampuan pencerminan (mirror). Ini bermaksud pemilik aplikasi boleh mengakses telefon bimbit mereka pada skrin sentuh Proton X70 dan menikmati lebih banyak persambungan.

Pengguna OS Apple tidak dapat melakukan perkara yang sama tetapi mereka boleh menyambung ke X70 melalui Bluetooth untuk mengakses fungsi panggilan telefon dan senarai kenalan. Kemudahan fungsi bebas tangan yang ada pada Proton X70 kini hanya perlu diaktifkan menerusi arahan secara lisan menerusi teknologi perisian pengecaman suara.

JOM BACA >> Sultan Johor pandu uji Proton X70

Akses kepada sistem diberikan apabila pemilik dengan mengucapkan frasa ‘Hi Proton’ yang membuka kepada pelbagai pilihan yang boleh dikawal melalui arahan lisan. Ini termasuk mengendalikan sistem tingkap dan penyaman udara serta mengakses aplikasi navigasi bagi mencari tempat makan yang berdekatan.

X70 adalah model Proton pertama yang menggunakan teknologi pengecaman suara. Beratus-ratus sampel suara telah dicatat untuk setiap frasa untuk memastikan sistem itu mempunyai ketepatan yang tinggi walaupun anda menggunakan dialek yang berlainan. Untuk kemudahan penggunaan, GKUI juga akan menunjukkan setiap frasa yang diucapkan di skrin untuk mengesahkan setiap arahan.

Pada masa kini, GKUI menawarkan pengecaman suara untuk frasa bahasa Inggeris sahaja kerana terdapat batasan perisian tetapi Proton telah memastikan frasa yang diiktiraf adalah mudah digunakan walaupun pemilik yang tidak fasih untuk menutur bahasa tersebut. Proton akan mengaktifkan tempahan dalam talian di laman sesawangnya mulai 17 Oktober 2018.

Pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan X70 boleh menempah dan membayar deposit secara dalam talian, yang memudahkan pelanggan yang tidak mempunyai masa untuk berkunjung ke pusat cawangan 3S dan 4S Proton. Untuk mempromosikan saluran baharu ini, Proton akan menjalankan promosi selama tiga hari dari tarikh pelancaran, di mana mereka yang membuat tempahan untuk Proton X70 akan menerima hadiah khas.

JOM BACA >> INFO: Betul ke parkir depan rumah jiran salah di sisi undang-undang?

KLIK UNTUK BESARKAN

Varian dan pilihan warna Proton X70:

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply