ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian MG4 EV dikesan di Kuala Lumpur, bakal masuk pasaran Malaysia ke?

Foto Intip

Views

Kelibat unit ujian MG4 EV telah berjaya dikesan di Kuala Lumpur oleh pemilik akaun Facebook bernama Muhammad Fadlul Fikri petang tadi.

Ini merupakan kali pertama unit ujian model hatchback elektrik berkenaan berjaya dirakam oleh orang awam di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Adakah ini memberi petanda yang jenama MG ini akan membuat kemunculan semula di pasaran tempatan? Setakat ini masih belum ada maklumat mengenainya.

Di negara China, hatchback segmen-B ini dikenali dengan nama MG4 Mulan, manakala di negara jiran iaitu Thailand ia menggunakan nama MG4 Electric.

Untuk pasaran di Thailand, MG4 EV ia digerakkan dengan motor elektrik yang menghasilkan output sebanyak 170 PS dengan 250 Nm daya kilas.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Ia menggunakan pek bateri 51 kWj yang membolehkannya bergerak sejauh 425 km (kitaran NEDC). Baterinya boleh dicas menggunakan pengecas AC 4.4 kW dan DC 88 kW (takat bateri 10 hingga 80 peratus dalam masa 35 minit).

Dari segi saiz, MG4 EV berukuran 4,287 mm panjang, 1,836 mm lebar, dan 1,504 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya pula 2,705 mm.

Dua varian ditawarkan, iaitu varian D dan varian X . Harga jualannya pula 869,000 baht (RM114,981) untuk varian D, manakala varian X dijual pada harga 969,000 baht (RM128,212).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Muhammad Fadlul Fikri

MG4 EV

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply