ARKIB

KATEGORI

Buletin

2,814 unit HR-V dipanggil balik

Views

Honda Malaysia Sdn Bhd mengumumkan panggilan balik sebanyak 2,814 unit model HR-V keluaran 2016 disebabkan oleh kemungkinan batang penstabil hadapan akan pecah di bawah tekanan tinggi. Kesemua model terkini yang dijual tidak terlibat dalam kempen ini. Menurut Honda Malaysia, batang penstabil hadapan tersebut boleh pecah akibat kawalan suhu tidak mencukupi semasa proses pengeluaran berkemungkinan memberi kesan kepada kekukuhan batang penstabil dan ia mungkin boleh pecah ketika berada pada tekanan tinggi.

Batang penstabil yang pecah boleh menyebabkan tayar menjadi tidak seimbang, menjadikan pemanduan tidak stabil dan kenderaan menarik ke kiri atau ke kanan. Semua pelanggan terbabit akan dimaklumkan menerusi surat, yang termasuk perincian berhubung panggilan semula produk tersebut. Mereka yang menerima surat ini perlu segera menghantar kenderaan mereka di mana-mana pengedar sah Honda yang berhampiran untuk pemeriksaan dan penggantian.

Setakat hari ini, tiada insiden pelanggaran atau kecederaan berhubung isu ini dilaporkan di Malaysia. Honda Malaysia mengambil langkah awal ini bagi memastikan keselamatan pelanggan dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi mereka yang terlibat. Semua batang penstabil hadapan terbabit akan diganti dengan yang baharu.

Buat masa ini, Honda Malaysia hanya mempunyai 50 peratus stok alat ganti seluruh negara, dan stok akan sedia 100 peratus pada pertengahan November 2017. Kos penggantian peralatan dan caj buruh berkaitan panggilan semula itu akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.

Pemilik kenderaan boleh menyemak status kenderaan mereka di www.honda.com.my, atau www.productrecall.honda.com.my, atau boleh terus hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply