ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton uji Iriz MC2 dan Persona facelift semasa cuti Krismas?

Views

Ketika kita sedang santai bercuti sempena Krismas semalam, Proton semakin memperhebatkan ujian jalan raya untuk dua model naik tarafnya yang bakal dilancarkan awal tahun depan, iaitu Iriz MC2 dan Persona facelift. Foto-foto ini telah dikirim oleh rakan kami Mohd Sabri Mohd Sirah yang mengatakan kedua-dua model tersebut telah dikesan sekitar lebuh raya ELITE dari susur keluar USJ menghala ke Seafield arah utara.

JOM BACA >> MESTI BACA : Lepas buat ‘kira-kira’ lelaki ini ‘tak jadi’ beli Proton X70. Kenapa ye?

Iriz MC2 dan Persona facelift yang masih dalam mod penyamaran semakin kerap ditemui bersama sejak kebelakangan ini. Kami difahamkan salah satu daripadanya akan dilancarkan terlebih dahulu dan mungkin Persona facelift kemudiannya disusuli dengan Iriz MC2. Kedua-duanya bakal mendapat wajah serba baharu selain diperhalusi lagi NVHnya.

Dua beradik ini juga dikatakan bakal mendapat unit info hibur baharu yang dikongsi bersama dengan X70, namun ciri-cirinya sedikit berbeza. Mungkin untuk versi Iriz MC2 dan Persona facelift fungsi seperti Arahan Suara tiada kerana ia memerlukan kos yang lebih tinggi untuk mengubah suai seluruh sistem elektroniknya. Apa pun, kita nantikan info dan foto intipan yang seterusnya!

JOM BACA >> INTIP : SUV Perodua dihantar ke Jepun?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Adakah ia akan guna enjin 1.5 Geely sebab ada berita mengatakan enjin 1.5 dalam Proton ni very very soon?

    Local car maker Proton plans to introduce a new car model equipped with a 1,500cc turbocharged engine in the near future.
    Head of Engineering, Yang Jun, said this was in line with the current global trend of car makers turning to turbocharged engines as opposed to naturally-aspirated engines.
    Asked on the timeframe for the turbocharged model’s introduction, he replied: “Very, very soon.”


  • For both Iriz and Persona, the changes won’t be minor. They’ll be major. Alongside the mentioned NVH improvements and suspected swap to conventional automatic box, I’m guessing the name would be changed from Persona & Iriz to alphanumeric name. Also I’m expecting the 1.6 Campro to be swapped to something of 1.5 litres or smaller. Lastly, I’m guessing with the updates, the Iriz and Persona would even be more similar.

Leave a Reply