ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terengganu bakal komersilkan penghasilan diesel dari sisa plastik

Views

Rakyat Terengganu harus berbangga kerana inovasi syarikat tempatan mereka telah berjaya menghasilkan bahan bakar diesel daripada sisa buangan plastik. Laman sesawang Teganukita.net melaporkan kerajaan negeri akan menilai penghasilan minyak diesel secara komersial dengan menggunakan sisa buangan daripada bahan plastik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, antara kelebihan dengan wujudnya teknologi ini, ia akan dapat mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar daripada 100 peratus menjadi 10 peratus di kawasan operasi.

Katanya, kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan untuk penyelenggaraan dan pelupusan sampah juga dapat dikurangkan secara tidak langsung jika adanya inovasi seperti ini dengan kaedah yang mudah dan selamat. Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika menghadiri lawatan Tapak Projek “Plastic to Fuel” di kilang Syngas, Gong Badak baru-baru ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Iriz MC2 dan Persona facelift semasa cuti Krismas?

Dr. Alias menyifatkan inovasi tersebut mempunyai prospek cerah di pasaran memandangkan permintaan yang tinggi daripada pengguna kenderaan di samping dapat menghasilkan biomas ataupun tenaga yang boleh diperbaharui. Kerajaan bersedia untuk menjalin kerjasama bagi memajukan industri ini yang secara tidak langsung akan membuka peluang pekerjaan buat penduduk tempatan.

Selain itu, ia juga memberi kesan positif kepada tapak pelupusan sampah sedia ada. Sementara itu, Pengurus Besar Syarikat Syngas, Ahmad Zaim Bin Mohamad Adan berkata, teknologi yang dibina dapat menghasilkan 200 liter diesel hanya dalam masa sejam.

Mesin yang digunakan bernilai RM6 juta adalah merupakan binaan tempatan dan mampu menghasilkan kapasiti minyak sebanyak 5,000 liter dalam satu masa. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Samiun Salleh serta pegawai-pegawai pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK).

Kami amat mengharapkan inovasi ini dapat dikomersilkan dalam skala besar pada masa akan datang sekaligus mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan cara kitar semula. Syabas Terengganu!

JOM BACA >> INTIP : SUV Perodua dihantar ke Jepun?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply