ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Ini yang anda perlu tahu mengenai kembar Toyota Yaris Cross iaitu Perodua D66B@Nexis, macam ni ke rupanya?

Impresi Artis

Views

Ingat lagi tak impresi artis yang penulis buat tempoh hari, berdasarkan lakaran model kembar kepada Toyota Yaris Cross yang disiarkan oleh rakan media di Automachi.com?

Lakaran yang dikatakan Perodua D66B itu akhirnya divisualisasikan dengan ‘lebih sempurna’, dengan bantuan kepakaran sahabat kami, Theophilus Chin@Theottle.

Dengan menggunakan imej manipulasi tersebut, penulis membuat sedikit sentuhan grafik dengan ‘mencipta sendiri’ emblem nama Nexis dan menggubahnya menjadi seakan muka hadapan risalah.

Menerusi info yang kami diperolehi, model D66B@Nexis itu hanya akan mengalami sedikit perubahan visual hadapan dan juga belakang dengan menerapkan identiti reka bentuk terkini Perodua.

Anda boleh melihat Theo telah mengolah semula reka bentuk bahagian jeriji dan juga bampar Yaris Cross, tetapi masih mengekalkan bentuk lampu hadapan yang asal.

Di belakang, rekaan lampunya telah diubah dan dilihat bersambung antara satu sama lain, menerusi palang kemasan hitam dan jejalur cahaya. Sekilas pandang, bahagian belakang D66B versi Theo ini mirip model Lexus.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Berikut adalah sedikit informasi ringkas mengenai Perodua D66B @ Nexis:

Model asas

Ejen perisik kami Mat Bond mengatakan, D66B memang merupakan kembar kepada Yaris Cross yang dibangunkan khusus untuk pasaran negara membangun seperti di rantau Asia Tenggara (ASEAN).

Pelantar dan dimensi

D66B dibina berasaskan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA-B) yang turut dikongsi oleh model MPV tujuh-tempat duduk Toyota Veloz/AvanzaDaihatsu Xenia dan juga Alza generasi baharu.

Dari segi dimensi, kembarnya iaitu Yaris Cross 2023 berukuran 4,310 mm panjang, 1,770 mm lebar, 1,615 mm tinggi dan jarak antara gandar rodanya pula berukuran 2,620 mm.

Enjin dan transmisi

Di Indonesia, Yaris Cross 2023 turut ditawarkan dengan pilihan rangkaian kuasa Hybrid Electric Vehicle (HEV) baharu, 2NR-VEX. Namun kata Mat Bond, Perodua hanya akan memperkenalkan versi enjin aspirasi alami (NA) semasa pelancarannya nanti.

Enjin 1.5-liter Dual VVT-i 2NR-VE aspirasi alami (NA) yang menjana 78 kW dan 138 Nm daya kilas itu digandingkan dengan pilihan transmisi Dwi-Mod CVT (D-CVT). Versi hibridnya pula dijangka tiba sedikit lewat.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ciri keselamatan

Besar kemungkinan ciri keselamatan D66B hampir sama dengan Yaris Cross 2023. Aspek keselamatan standard untuk semua varian terdiri daripada brek parkir elektronik (EPB) dengan Auto Brake Hold, enam beg udara, ABS, EBD, BA, penderia parkir, isyarat henti kecemasan, bantuan mendaki (HSA), kawalan kestabilan kenderaan (VSC), amaran lintasan belakang (RCTA), pemantau titik buta (BSM) dan juga alat pemadam api ringan (APAR) di dalam kotak konsol.

Ia turut didatangkan dengan teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) atau Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang merangkumi ciri seperti kawalan jelajah (ACC), amaran pra-perlanggaran dan brek pra-perlanggaran (PCWPCB), suluhan lampu tinggi automatik (AHB), amaran keluar lorong (LDW), pencegahan keluar lorong (LDP), kawalan kekal lorong (LKC), kawalan injak pincang tugas (PMC), dan amaran pergerakan kenderaan hadapan (FDA).

Pilihan varian, warna dan jangkaan pelancaran

Ada desas-desus mengatakan D66B akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian yang bermula dari varian X, SE dan AV (mercu). Akan tetapi, varian AV dikhaskan untuk versi hibrid sahaja. Model ini bakal dilancarkan secara rasmi pada Jun tahun hadapan (2024).

Jika mengikut pilihan warna lazim yang digunakan pada model Perodua, ada kemungkinan warna seperti Ivory White (Putih) – solid,  selain warna metalik seperti Lava Red (Merah), Glittering Silver (Perak), Granite Grey (Kelabu) dan satu atau dua warna baharu (termasuk dwitona bumbung hitam) akan ditawarkan.

Kemungkinan nama model

Perodua telah pun mendaftarkan tanda dagang bagi nama Nexis dan Traz di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sejak 29 April 2022. Penulis berpendapat, salah satu nama akan dipilih sebagai nama rasmi D66B nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin @ Theottle

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply